Perodua Axia Impian Rakyat Malaysia

Perodua Axia Impian Rakyat Malaysia..Sekali lagi rakyat di negara beruntung kerana Perodua bakal mengeluar kereta yang amat menepati ciri-ciri kesukaan ramai.Pasti ditunggu kemunculannya atas jalanraya.Bukan sekadar gaya tetapi memenuhi keperluan poket rata-rata rakyat golongan pertengahan.

 

axia

 

 

Kalian boleh rujuk di laman web Perodua sendiri tentang spesifikasi Perodua Axia.Saya hanya menulis dengan perasaan dan berharap luahan perasaan saya terhadap kereta ini membantu pembaca membuat keputusan yang tepat.

 

Saya berpuas hati dengan harga.Dengan jangkaan harga bawah RM27k. Saya anggap bukan bebanan untuk memilikinya secara tunai.Jika kalian ada simpanan tunai dan memang keperluan maka belilah secara tunai.Paling tidakpun buat ansuran sebanyak 3 kali bayaran.

 

Jentera hebat ini digerakkan oleh enjin berkapasiti 1000cc.Memang bagus kalau dibandingkan dengan enjin versi Perodua Kancil 660cc atau Perodua Viva 850cc.Sesuai dengan dengan tagline Perodua sendiri iaitu Lagi Power Lagi Best.Ya tak?

 

Penggunaan minyak mesti diambil kira juga.Dengan kereta kompak dan kapasiti enjin 1k cc saya yakin penjimatan minyak akan lebih ketara.Jimat minyak maka jimat belanja.Dapatlah pengaliran duit keluar dari poket dikawal sebaik mungkin.

 

Kesimpulan dari admin,

 

Saya rasa cukup di sini luahan saya dengan Perodua Axia.Lainlah kalau ada pengedar kereta yang cari saya untuk buat komersial advertorial.Bolehlah cerita panjang sedikit.

 

Namun ikhlas dari saya bahawa Perodua Axia memang saya suka.Jika ada pembaca yang nak beli maka silakan ke pengedar Perodua yang berdekatan dengan rumah kalian.

 

p/s Jangan lupa untuk bertandang ke Portal Ilmu

10 ulasan

Perodua ni selalunya tak mengecewakan...

Jangan pulak lepas ni mak bapak belikan anak keta ni untuk pegi sekolah.. Haru biru jadinya nanti..

saya suka jenama Perodua..

tak mustahil kerana ada mak bapak yang berada..

Harga dan penjimatan minyak buat sangat menarik.

murah sangat
memang sesuai untuk keadaan sekarang

betul sangat tu tuan!

faktor harga memang memang terbaik!

kalau bawah 27k, mmg sesuai dgn rakyat malaysia....

sejujurnya..mama suka sangat designnya..asal tah hehe


EmoticonEmoticon