Perkara Asas Tentang Hukum Tarikan

Perkara Asas Tentang Hukum Tarikan.Setelah beberapa kali saya menulis tentang hipnosis tentu amat wajar saya kongsikan pula satu ilmu lain yang hebat dalam pembangunan diri manusia.Tak lain dan tak bukan iaitu Hukum Tarikan.Ianya satu ilmu klasik.Bukan sesuatu baru namun memberi kesan yang hebat dalam kehidupan.

 

 

Hukum tarikan menurut takrifan ahli psikologi ialah segala perkara yang kita fikir sepenuh perhatian,bayangkan sepenuh perasaan baik secara positif atau negatif akan datang ke dalam hidup kita.Proses datang lambat atau cepat semuanya bergantung kepada izin Alllah SWT.Ringkasnya hukum tarikan ialah fenomena semulajadi alam yang sedia ada dalam kehidupan.

 

hukum tarikan

 

Pernah tak kita rasa teringin nak makan cendol.Betul-betul rasa nak makan cendol.Dari pagi sampai malam kita fikir,rasa dan bayangkan cendol.Tanpa disedari kita, ada kawan ajak keluar makan dan belanja kita makan cendol.Senario ini adalah dinamakan hukum tarikan .Minda kita menarik cendol sehingga cendol menyerah diri.

 

 

Mari kita lihat senario kedua pula.Dalam kehidupan suami-isteri biasanya berlaku.Si isteri selalu mensyaki suaminya ada hubungan skandal dengan perempuan lain.Setiap hari si isteri risau dan bimbangkan perkara ini.Tambahan pula suaminya dalam kategori lelaki kacak,bergaya dan berduit.Akhirnya si suami betul-betul terjebak dengan skandal perempuan cantik dan seksi seperti Sabina Altynbekova

 

 

Dua senario ini menjelaskan kepada kita bahawa hukum tarikan memang wujud.Kita sedar atau tidak ianya tetap ada.Sebab itu Islam telah buat membuat garis panduan supaya kesan hukum tarikan dapat kita kuasai secara bijak.Kita tidak mahu hukum tarikan yang mendatangkan keburukan.

 

 

Dalam ajaran Islam kita diajar bersangka baik dengan Allah SWT dan manusia serta segala makhluk yang ada dalam di muka bumi ini.Salah satu daripadanya kita berdoa untuk kebaikan dan berzikir menggunakan asmaul husna (99 nama Allah)

 

 

Berfikiran positif adalah adalah sinonim dengan hukum tarikan.Kita fikir yang baik-baik maka yang baik akan datang.Bukti mudah kepada orang yang berjaya.Mereka tidak memikirkan perkara negatif.Jika berlaku pun perkara yang kurang baik fikiran mereka tetap menyatakan ada hikmah disebaliknya.

 

 

Kesimpulan dari admin,

 

Apa yang saya tulis ini terlalu sedikit.Ada banyak lagi ilmu tentang Hukum Tarikan.Saya cuma anggap ia adalah pengenalan dan mukadimah sahaja.

 

 

Jika nak tahu lebih lanjut dan sangat inginkan kejayaan tolong buat sesuatu dengan melayari link Rahsia Hukum Tarikan - Kejayaan Dan Kebahagiaan Dalam Tangan Anda

 

 

Sekian.Salam motivasi dann jumpa lagi.

15 ulasan

kalau nak berjaya kena muka dari bawahlah kan.

Wah.. Hukum tarikan pulak.Ada kene mengena dengan hipnosis jugak ke bro?

memang ada kena mengena...hukum tarikan adalah satu ilmu yang berkaitan dengan minda..namun hipnosis lebih spesifik keadaannya

Itulah yg dipanggil Law of Attraction..kalau positif yg difikirkan, positif la jadinya..begitu juga sebaliknya..sebab tuh kita dianjurkan cakap hanya perkara2 yg positif jer.. ;-)

Makananya kalau asyik fikit gagal sahaja, awal-awal lagi kita dah gagal. kena sentiasa fikir positif.

betul bro...orang barat popular dengan Law of Attraction..kalau dalam Islam..apa yang berlaku berdasarkan apa yang kita sangkakan..

dulu ada lagu..jika kau fikirkan boleh maka kau boleh melakukan..memang betul tuan

Kalau asyik berfikir negatif je, akan menarik perkara-perkara yang kurang elok la kan

betul puteri...harap semua blogger macam kita selalu bersangka baik,

Tarikan ni ibarat magnet jugala. Mesti ada positf dan negatifnya juga. Utara dan selatan. Baik dan buruk. Cuma ia bergantung kepada kematangan diri dan pengalaman hidup kita untuk membawanya ke tahap mana yang kita hajatkan.

Ha ah..pernah juga terjadi macam ni..ingtkan dulu secara kebetulan aje..hehe..tak sangka..rupanya ada menda macam ni ekk..hehe..terima kasih kongsikan..

dah lama tak main tarik-tarik macam ni. hehe

hukum tarikan..kalau ke positif..insyaAllah ke arah kebaikan


EmoticonEmoticon