Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta

Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta…tahniah buat rakyat Malaysia kerana menyambut hari kemerdekaan yang ke-57 tahun.Amat wajar kita terus melaungkan merdeka,merdeka dan merdeka.Dalam masa yang sama bertekad untuk membebaskan diri dari belenggu penjajahan minda dan tabiat negatif.

 

hari merdeka

 

Secara amnya kita sudah merdeka kerana negara ditadbir oleh kerajaan sendiri.Bukan negara luar.Para pemimpin pula memang orang Malaysia.Serba serbi dikatakan orang tempatan yang berjiwa merdeka.Ada ketokohan dan kebolehan terbaik membuat tadbir urus negara.

 

Sempena hari kemerdekaan ini kita cuti umum.Namun ada golongan yang bekerja macam biasa.Golongan ini belum merdeka termasuk sayalah..

 

Ya.Saya bekerja macam biasa.Masa saya bekerja memang berbeza.Orang cuti saya bekerja.Ketika orang bekerja saya pula cuti.Namun tak lah sampai cuti sakan sehingga tak ingat dunia lagi.

 

Sejujurnya saya tidak kecewa.Saya positifkan diri.Boleh dikatakan setiap adalah hari yang teramat indah dan membahagiakan.Kita bebas untuk rasa gembira dan ceria.

 

Esok pula bagaimana?

 

Kita hanya mampu berdoa serta berusaha supaya negara ini tetap aman dan sejahtera.Itu adalah kunci utama.Kita kekalkan kestabilan dan kesejahteraan.

 

Saya dan kalian semua mesti cintakan Malaysia.Kalau tak cinta apa kata pindah sahaja ke negara lain.Itupun kalau negara lain sudi terima kalian.

 

Jika rasa cinta kepada Malaysia apa kata tekadkan hati memberi satu sumbangan kepada negara.Tak perlu besar.Kecil pun jadilah.

 

Apa sumbangan itu?

 

Sebagai rakyat Malaysia yang berada di mana sahaja hendaklah bertanggujawab menjaga nama baik negara.Mari bersatu padu dan kecilkan perbezaan pendapat dan fahaman.

 

Seperti kata cikgu saya dahulu.Bersatu kita teguh dan bercerai kita roboh.Alangkah bertuah lahir dan tinggal di Malaysia.Sayang Malaysia ketat-ketat dan laungan merdeka sepenuh hati dan perasaan.

 

 

Kesimpulan dari admin,

 

Sekali lagi saya ucapkan Selamat Hari Merdeka.Kita bebaskan diri dari belenggu kemunduran,kucar kacir dan sengketa.Malah mari kita berimpian untuk berjaya,kaya dan bahagia.

 

Saya tulis artikel ini sempena  menyahut cabaran Denaihati untuk tajuk ’' Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta’’

 

Sesiapa yang berminat dan tanda sokongan kepada Malaysia Tercinta ini..ayuh segera kita sertai ramai-ramai.Lagi ramai lagi best.

 

 

JOM sertainya di SINI

17 ulasan

selamat menyambut kemerdekaan ke - 57 bro :)

terima kasih..sama-sama kita menyambut hari merdeka!

Hehe..ada masa leh join gak ni..terima kasih bro..hehe

Salam kemerdekaan yang ke 57 HB..Moga-moga jiwa dan minda kita terus merdeka...

merdeka merdeka merdeka.

1001 makna..

setiap orang ada makna sendiri pada mereka.

itu la erti merdeka..

selamat hari merdeka.

tema tahun ini memang ebst belaka.

billion terima kasih sudi sertai cabaran denaihati “Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta” dan semuga sukses.

join sahaja..selagi ada peluang..

memang begitulah yang kita mahukan!

sekurang-kurangnya ada pengertian !

saya juga suka tema pada tahun ini..

Tak perasan pula ada peraduan... Semoga berjaya HB
Salam kemerdekaan ke 57....sama2 kita menghayatinya, "di sini lahirnya sebuah cinta"

sebab bro BM sibuk tu!

Hehe..selamat hari merdeka bro..dah terlewat ke nak ucapkan merdeka ni?hehe.dan selamat maju jaya untuk artikel ni...

belumlah..Hari Malaysia baru ada hari penutupnya nanti

sila lihat fb message...


EmoticonEmoticon