Kisah Gadis Cantik Nak Ajak….

Kisah Gadis Cantik nak ajak .…Hebat juga tajuk entri ini.Ada unsur-unsur saspen yang boleh mengundang rasa ingin tahu yang tinggi.Ramai yang fikir-fikir bukan.Ops.Maafkan saya.Tengok oranglah.Saya jenis orang yang berfikiran positif dan boleh bertindakan dengan cara dan gaya positif.

 

gadis cantik

 

Baru-baru ini ketika saya tengah asyik dengan tugasan, ada staff yang memberitahu ada seseorang nak jumpa.Rasa berdebar menyentap jantung.Manalah tahu kalau ada pelanggan yang buat aduan,jadi saya benteng utama untuk selesaikannya.

 

Tanpa membuang masa saya bergegas ke tempat kejadian.Rupa-rupanya ada dua gadis cantik tengah menunggu kehadiran saya.Dengan gaya gentleman saya menanyakan kembali tujuan mereka berdua nak jumpa saya.Mereka kata nak buat kaji selidik tentang takaful.Tengok tu.Ayat mengoda mereka dua telah mencairkan rasa ego saya untuk melayan orang yang membuat prospekting.

 

Saya memang orang yang positif dan berfikiran terbuka..Jadi saya membenarkan mereka membuat soal selidik tentang diri saya.Kebetulan masa gadis cantik ini datang, pelanggan tak ramai.Jadi bolehlah luangkan sedikit masa untuk mereka berdua.

 

Beri peluang kepada mereka jalankan tugas dan memberi peluang juga kepada saya untuk mendapat sesuatu ilmu berharga.Ehem..ehem peluang untuk bersembang juga dengan gadis cantik.( kelemahan utama kepada mana-mana hero seluruh dunia)

 

Saya mendapat ilmu yang cukup berharga.Gadis cantik tersebut memberi penerangan yang cantik,jelas dan meyakinkan.Jika mereka membuat prospekting 5 orang pada hari itu saya yakin mereka dapat close sales paling kurang seorang.

 

Namun nak tembus pemikiran ‘tak kisah dalam insuran’ bagi masyarakat tempatan  amat mencabar.Lainlah kalau mereka dibuat rawatan hipnosis terlebih dahulu.

 

Point yang nak diketengah oleh gadis cantik ini fokus kepada pelan kesihatan.Jika saya sebagai pencari rezeki sudah terkena penyakit kritikal maka pihak penyedia insuran akan menampung segala kos perubatan.Itupun setelah saya membeli polisi mereka dalam tempoh tertentu.Sekurang-kurangnya saya ada dana untuk tujuan kesihatan.

 

Bajet yang diperlukan cuma RM100++ sebulan.Bayangkan kalau simpan RM100 dalam akaun biasa tentulah tidak cukup untuk kegunaan kesihatan pada masa hadapan.

 

Akhir cerita,saya tak beli sebarang polisi yang gadis cantik bentangkan.JIka saya berminat saya boleh menghubungi gadis cantik ini pada masa akan datang.Sebelum pergi mereka berdua ajak saya menjadi perunding insuran.

 

Apa jawapan saya?Tentulah saya kata belum bersedia kerana saya fokus saya nak buat kerja-kerja blogging.Dalam masa yang sama melengkapkan diri menjadi Pengamal Hipnosis pula.Kalau semua nak kejar jadilah seperti kata jiran saya,

 

Yang dikendong berciciran dan yang dikejar tak dapat

 

Kesimpulan dari admin,

 

Jika ada pembaca  yang nak tahu lebih lanjut tentang pelan kesihatan yang gadis cantik ini tawarkan bolehlah seikhlas hati hantar email ke suki.ge3lions@gmail.com

 

Nasihat saya biar kalian buat perbandingan dahulu dengan penyedia produk yang lain.Cari sudut kebaikan yang lebih banyak supaya wang kalian labur itu berbaloi.

 

Sekian.Salam motivasi dan jumpa lagi.

 

 

 

p/s : Ada artikel terbaru saya tulis dalam blog Panduan Hipnosis.

22 ulasan

buat satu satu dulu eh..kalaus aya suka buat serentak maksud kerja jhit kerja vs kerja tangan sayalah hiiii

Hmm.. google gadis cantik tu tadi. Hmmm ada akaun Insta lah..
Boleh tahan gak citarasa Hero Borneo :)
Apa-apa pun bab insuran ni, kalau mampu mmg sebaiknya kita ambil. Kita tak tahu kesihatan kita cam ne di masa depan. Kos perubatan bagi sesetengah penyakit bukannya murah. So sediakan payung sebelum hujan.

sorang pun orang takaful takde gadis comel jumpa aku. semua pakcik-pakcik aje..demmm

mesti fokus baru dapat berjaya

gadis tu cantik betul-betul ke..?

ha..ha..citarasa saya biasa sahaja bro!

diaorang takut kot..kena ayat mengoda dari bro.

En Titan eloklah pakcik-pakcik yang datang, mudah ditolak. Kalau si cantik yang dating, rasa kasihan nak tolak. Nak ambil....tak kan nak join semua syarikat insuran.

hee cari boleh percayai ya jangan ada setengh jalan sahaja buat bayarannya

tekejut baca tajuk.. ingatkan gadis cantik nak ape td.. hehe.

betul jugak tu bro...sometimes kita kena fokus dalam satu-satu kerja yang kita buat...

Regards,
-Strider-

kalau nak buat macam-macam kerja dalam satu masa..memang kelaut la fokus tu kan

ha.ha..taste sama macam la..

ramai yang tak dapat manfaat takaful jika beli premium dan selepas itu berhenti

he..he..Aisyah nak fikir apa tu..saja nak bagi saspen

mesti fokus..kalau tak sukar nak berjaya!

sebab itu penting sekali fokus..kecuali ada yang pandai urus banyak perkara dalam satu masa..

puterijamu pernah jadi yogi, belajar abt focus... basically focus sgt penting dalam semua hal kan HB :)

Betul tu, fokus dulu perkara yang penting.

baik buruk ucapkan dengan lemah lembut

tak baik buruk sangka sebelum tahu sebabnya

ya..fokus itu yang penting

Fokus perlu untuk berjaya


EmoticonEmoticon