Hero Borneo Jadi Pengamal Hipnosis

Hero Borneo Jadi Pengamal Hipnosis.Sebelum ini saya berteka teki.Ya,berteka teki dalam entri sebelum ini.Kini saya sudah mengakui bahawa saya akan mendalami bidang hipnosis.In shaa Allah akan menjadi pengamal hipnosis yang bertauliah setelah mengambil beberapa ujian yang ditetap.

 

 

Bidang hipnosis diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bawah bahagian Perubatan Tradisional dan Komplentari.Pengiktiran tersebut membolehkan pengamal hipnosis menjalankan prosedur tanpa rasa ragu dan bersalah.

 

 

pengamal hipnosis

 

 

Kehebatan bidang hipnosis dalam kehidupan manusia boleh saya rumuskan sebagai seni mengawal pemikiran.Bukan bermaksud pengamal hipnosis ada kuasa ajaib atau kuasa pukau.Mereka hanya membantu klien mendapatkan ‘reprogram’  fikiran ke arah lebih positif dan terurus.

 

 

Hipnosis adalah ilmu yang sedia ada dalam kehidupan ini.Cuma ada yang sedar atau tidak sedar akan kewujudannya sahaja.Menurut sejarah, hipnosis  telah digunakan dalam bidang perubatan sejak tahun 1950 lagi.Saya belum lahir lagi.Kalian pun sama kecuali kalian sudah pangkat datuk atau nenek kepada saya.

 

 

Dalam perancangan menjadi pengamal hipnosis saya mesti melalui beberapa kursus dan ujian kelayakan.Tentunya mengambil masa dan juga kos kewangan.Selain itu minat,kesungguhan,komitmen dan usaha yang bukan sedikit.Pengorbanan tersebut adalah harga yang dibayar bagi menjadi pengamal hipnosis yang bertauliah.

 

 

#Peringkat 1 : Kursus Asas Kuasa Hipnosis

 

#Peringkat 2 : Hipnosis Fundamental (CH)

 

#Peringkat 3 : Advanced Hynotherapy  (CHt)

 

#Peringkat 4 : Instructor Trainning  ( CI)

 

 

Penerangan secara terperinci akan saya jelas pada masa yang datang.Sebabnya saya baru sahaja nak bermula.Baru pula nak kenal dengan bidang yang saya gemari dan sukai ini.

 

 

Sebagai tambahan, ada perkara  banyak yang berkaitan dengan ilmu hipnosis.Antaranya ilmu Neuro Linguistic Programming (NLP),Law of Attraction dan sebagainya.Cuma saya lebih suka kepada bidang hipnosis kerana ada pengiktirafan dari kerajaan.

 

 

Kesimpulan dari admin,

 

Blog hero borneo akan saya fokuskan penulisan tentang niche motivasi,pembangunan diri,kuasa minda dan ilmu hipnosis.

 

 

Info-info lain kalian boleh dapat dari blog saya iaitu blog Carian Utama,Kata Kunci Panas, Entri Popular . dan  Portal Ilmu

 

 

Masa terdekat ini saya lebihkan penulisan kepada blog ini dan Carian Utama.In Shaa Allah semuanya boleh memberi manfaat kepada kalian semua.

 

 

Sekian.Salam motivasi dan jumpa lagi.

8 ulasan

Dateng sini buwat ngucapin Taqobalallahu minnaa wa minkum Shiyamanaa wa shiyamakum, Minal 'Aidin Wal-Faizin Mohon Maaf Lahir Dan Batin, mungkin selama ini ada koment2 saya yg kurang berkenan disini...

Hebat la bro lepas ni. Bukan calang-calang bidang nak masuk lepas ni.

Wah bakal pengamal hipnosis ye...hebat la bro ni. Good luck :)

ya...selamat hari raya dan maaf zahir dan batin!

nak kata hebat tak juga..apa yang saya fikir satu tanggungjawab untuk membantu mereka yang bermasalah

terima kasih..tak la hebat walaupun bidang ini memang hebat...cuma rasa minat dan tanggungjawab..mana tahu ada rezeki kat situ

hypnosis isspecial things people can do that and some time i have a question why they can do that ? and acctually ? they can talk any thing in previous life , oh no unbelivable ? who can tell me more detail about that ? and can give a link takl about that :) many thanks for this

Hypnosis one of mind manipulation..it great dan really happen..

more detail you can find at :http://www.naqsdna.com/


EmoticonEmoticon