Tokoh Ilmuan Islam Terhebat Dunia

Tokoh Ilmuan Islam Terhebat Dunia.Info ini  sangat mengujakan.Atas sebab itu saya wajar berkongsikan tokoh ilmuan tersebut supaya kalian semua bangga dengan mereka.Selain itu boleh dijadikan inspirasi dan iktibar.Mudah-mudahan kita semua mencintai budaya ilmu.

 

 

tokoh ilmuan islam

 

 

Ibnu Sina

 

Nama sebenarnya ialah Al-Hasan Bin Abdullah bin Ali bin Sina.Beliau turut dikenali sebagai Bapa kedoktoran bagi masyarakat Timur maupun Barat.

 

Antara hasil karya beliau ialah al Qanun.Satu buku kedoktoran yang pertama di dunia.Banyak perkara dalam bidang perubatan telah beliau pelopori.Malah dikatakan telah mengetahui ilmu dinamik 500 tahun lebih awal dari Sir Isaac Newton.

 

Ibnu Sina telah meninggal dunia pada tahun 1037 Masihi atau 408 Hijrah.In shaa Allah pahala ilmu yang beliau usahakan berterusan mengalir hingga ke dunia kiamat.Walahualam.

 

 

Ibnu an-Nafis

 

Nama penuh ialah ‘Alauddin bin Abi al-hazm bin an-Nafis al-Qarsyi.Lahir pada tahun 607 hijrah.Kepakaran beliau ialah pelopor peredaran darah kecil 4 abad sebelum William Harvey.

 

Buku karangan hebat Ibnu an-Nafis ialah al-Mujiz min al-Aghaziyyah atau makanan-makanan pilihan.Ada 14 buah karangan hebat beliau yang sebenarnya.Selain pakar perubatan beliau turut menguasai ilmu nahu,mantik,fikah dan sirah.

 

Ibnu an-Nafis telah kembali ke rahmatullah pada 1228 Masihi atau 667 Hijrah.

 

 

Al-Hasan bin al-Haitsam

 

Beliau lahir di kota Basrah pada tahun 345 Hijrah atau 960 Masihi.Kejayaannya ialah menjadi orang pertama mengetahui teori cahaya memiliki kecepatan.Hasil dari ilmu tersebut mencetus teori fotografi yang mendahului zaman Renaisans Eropah.

 

Sepenuh hidupnya, Al-Hasan mengkaji fenomena ilmu cahaya dan optik.Selain itu orang pertama yang berjaya memikirkan cara mengelakkan Mesir kekurangan air melalui kaedah bendungan sungai Nil.Dalam bidang penuliasan mempunyai  karya hebat iaitu ilm al-Mandzhir.

 

Pada tahun 1038 Masihi atau 431 Hijrah, Al-Hasan telah kembali ke rahmatullah di Kaherah.

 

 

Taqiyuddin

 

Amat dikenali sebagai bapa teknologi.Nama sebenar ialah Taqiyuddin Muhammad bin Ma’ruf.Walaupun beliau seorang hakim namun mempunyai kepakaran teknik mekanik Muslim.Percapaiannya ialah mendahului 100 tahun lebih awal berbanding Wilkes mengetahui kaedah gigi mekanik,tenaga air dan udara dalam menghasilkan gerakan.

 

Jasa beliau dalam pembinaan jam mekanikal berputar melalui sel bergerigi,membuat teropong Arab yang pertama dan penulisan buku at-Thuruq as-Sanniyah fi al-Alat ar-Ruhaniyyah.

 

Akhirnya riwayat Taqiyudin berakhir pada tahun 1585 Masihi atau 993 Hijrah.

 

 

Dr Ahmad Zuwail

 

Beliau dilahirkan pada tahun 1946 di Damanhur.Seorang lulusan Universiti Alexandria yang pakar dalam kajian ilmiah laser.Kejayaan hebatnya ialah menemui kamera yang boleh merakam dan menyimpan serta mengamati molekul-molekul ketika muncul dan lebur.

 

Telah mendapat banyak perhargaan dari nobel Alexandar Von dari Jerman,nobel Buck-Whitney Award dari Amerika Syarikat dan nobel Raja Faizal dalam Fizik serta hadiah nobel kimia.

 

Menurut sumber beliau memiliki 250 kajian ilmiah dan 4 buah buku ilmiah hasil tulisannya.

 

 

Kesimpulan dari admin

 

Ternyata orang Islam amat hebat dalam bidang keilmuan.Mereka menjadi orang pertama dalam bidang kepakaran masing-masing.Oleh itu jangan rasa rendah diri walaupun ada yang mendakwa zaman kegemilangan Islam sudah berakhir.Hakikatnya tidak begitu.Islam terus berkembang manakala ilmu bertambah lebih luas.

 

 

Sekian.Salam motivasi dan salam ilmu.Tingkatkan maruah diri dengan menjadi orang yang bertakwa dan berilmu.In shaa Allah.

 

 

*Adaptasi dari buku Rahsia Kejayaan Pengurusan Rasulullah

15 ulasan

Thanks ya...memang patut kita semua mencontohi dia orang...tokoh ilmuan terkemuka...

terima kasih atas perkongsian ini..

byk yg bermula dari Islam . Malah ada naskah asli yg masih di simpan di negara barat .

Islam itu hebat
nice entry :)

Mereka ini semua mmg patut kita contohi... thanks sharing bro Hanafi..

kita perlu mencontohi semangat yang ditunjukkan

sepatutnya naskah asli itu kita yang berhak simpan

tidak dinafikan islam itu hebat..love Islam

jika ramai yang mencontohi akan lahir lagi tokoh ilmuan yang hebat selepas ini

Umat Islam tak bersatu.. Semua tinggal sejarah

sekarang kita perlu mula balik..

yang ni memang ramai gak yang tak tahu rasanya.

sebab tak semua minat dalam bidang macam ini..

banyak benda perlu kita pelajai dari mereka yang serba hebat ini.


EmoticonEmoticon