Tak Nak Jadi Blogger Pengamen

Tak Nak Jadi Blogger Pengamen.Sebelum itu saya nak terangkan maksud istilah Blogger Pengamen.Menurut blog kawan saya, pengamen macam busker iaitu pemain muzik jalanan yang ada bakat seni namun tidak dikomersial pada tempat sepatutnya.


Jadi secara simboliknya blogger pengamen ialah blogger yang belum ada   duit  dari blog .Namun masih boleh buat berblogging kerana rata-rata blogger memang ada pendapatan dari pekerjaan tetap.


blogger pengamen

Tidak semua blogger berorientasikan wang dalam penulisan blog.Ada yang suka berkongsikan ilmu dan berharap ilmu yang dikongsikan itu memberi manfaat kepada orang lain.Secara logiknya blogger ini tergolong dalam blogger pengamen namun taraf hidup mereka stabil kerana kerjaya utama yang profesional.Mereka tak salah.Kita juga boleh salahkan mereka kerana memilih menjadi blogger pengamen.


Namun tidak semua yang bernasib baik kerana memiliki pekerjaan yang baik dalam menampung hidup.Ada yang hidup sengkek dan terpaksa juga mencari rezeki kais pagi makan pagi.Mereka memang tidak berminat menjadi blogger kerana faktor tidak suka menulis dan tidak mampu mendapat akses internet.Pendapatan mereka hanya untuk keperluan hidup yang utama.


Apa yang saya kongsikan di sini berkaitan blogger pengamen.Mereka menjadi blogger kerana faktor minat dan keperluan untuk mendapat wang tambahan setiap bulan.Ada yang sudah bertahun-tahun berblogging namun tiada pendapatan dari blog.Terdapat juga sebulan dua menulis blog lalu berhenti kerana nampak usaha mereka tiada berhasil.


Melihat senario begini tentunya saya wajar memberi pandangan.Tambahan pula saya tergolong dalam kategori blogger pengamen iaitu blogger  yang mempunyai pendapatan yang jarang-jarang ada.Sekiranya adapun terlalu sedikit sehingga nak bank in dalam bank pun tak lepas.


Saya berpendapat jika tak nak jadi blogger pengamen lagi kalian mestilah masak dan faham dengan sepak terajang dunia blogging.Ianya sama seperti dunia perniagaan.Tak semua perniagaan yang kita buat boleh maju dan bertahan.Kebanyakkan gulung tikar kerana ia adalah adat resam hidup berniaga.Orang bisnes pasti tahu punya!


Oleh itu blogger pengamen adalah ujian sebenar kepada tahap kemampuan dan motivasi seseorang.Jika tahan lasak dan sabar maka blogger pengamen bisa berubah menjadi blogger berpendapatan tinggi.Tidak mustahil menjadi sepenuh masa pula nanti.Paling ketarapun menjadi usahawan online kerana dunia blogging amat berpotensi untuk diperluaskan dalam pelbagai bidang.


Jalan terbaik berazam untuk berubah dari blogger pengamen.Tak nak blogger pengamen buat selama-lama.Buat perubahan dengan belajar buat duit dengan blog di link ini.Mesti terjah jika nak berjaya.-------->Buat duit dari blog


Kesimpulan dari Admin

Sekarang tepuk poket dan garu kepala.Nak tak nak hidup sebagai blogger mesti berubah.Jika dulu-dulu jadi blogger pengamen sekarang mesti blogger pro dalam menjana income.
Kalau berani cuba klik link  Buat Duit Dari Blog.


Salam motivasi dan jumpa lagi!

7 ulasan

rugi ooooo... alang-alang berblog, gunakan ia sebaik mungkin utk jana pendapatan :)

minat tu penting dlm terus berada dalam dunia blogging..

minat dan keinginan perlu seiring...

mantapkan content, tentu income tu akan datang sendiri

Insya Allah..saya hargai pandangan ini bro!

Kdg kala pendapatan dari blog bukan shj dari pengiklanan blog... tetapi dari prospek & pelanggan. Ada blogger yg saya kenal dpt jemputan berceramah mencecah puluhan ribu sebulan hanya disebabkan dia menulis blog. Follower tak ramai tp pendapatannya lebih tinggi dari blogger yg dah bertahun2 & mempunyai ramai follower tp masih dok rumah sewa lagi... :)


EmoticonEmoticon