Salam Aidilfitri Dari Hero Borneo

Salam Aidilfitri Dari Hero Borneo.Ramadhan 1435H meninggalkan kita buat selama-lamanya.Kini menjelma Syawal sebagai bulan kemenangan kepada umat Islam seluruh dunia yang telah berjaya mengharungi kewajipan berpuasa.In shaa Allah kuatkan tekad untuk melanjutkan puasa sunat syawal selama 6 hari lagi.

 

 

Dalam kesempatan ini saya dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014 kepada umat Islam di mana sahaja berada waima di angkasa lepas sekalipun (jika ada).

 

aidilfitri

 

Ucapan ini saya rakamkan khas buat rakan-rakan blogger yang setia berkunjung dan tempat saya membuat kunjungan ketika blogwalking.Jika ada salah dan silap yang telah menguris hati dan perasaan kalian,saya menyusun jari sepuluh memohon maaf dari hujung rambut sehingga hujung kaki.

 

 

Kalau di Sarawak kami suka buat perjanjian ‘kosong-kosong’.Maksudnya kami saling memaafkan kesalahan sehingga tiada lagi berbekas dalam hati.

 

 

Dalam pada itu hayati dan renungkan bisikan hati saya sempena Aidlifitri ini.Semoga hati yang keras ini termasuk saya turut tersentuh setelah membacanya.

 

 

Ketika kalian semua seronok berhari raya dengan fesyen baju terbaru,saudara kita di Gaza mengenakan pakaian yang berlumuran darah kerana tercedera akibat kezaliman rejim Zionis laknatullah.

 

 

Ketika kalian sedap-sedap menjamu selera dengan juadah raya jangan lupa saudara kita di Gaza kelaparan kerana ketiadaan sumber makanan akibat pergolakan Israel-Palestine.

 

 

Ketika kalian saling menziarah saudara dan teman sambil ketawa kegirangan jangan lupa saudara kita di Gaza bercucuran air mata kerana ahli kelurga dan teman rapat telah syahid akibat bom dan peluru berpandu yang tak bermata.

 

 

Maafkan saya sekali lagi kerana kegembiraan,keseronokan dan kebahagiaan tersebut sedikit terpalit kesedihan dengan nahas MH730 dan MH17.Semoga keluarga mangsa dan waris menjadi kuat dan sabar hadapi ujian ini.

 

 

Akhir kata sambutlah Hari Raya Adilfitri ini dengan penuh kesederhanaan,kesyukuran dan keinsafan.

 

 

Kesimpulan dari Admin

 

Blog Hero Borneo akan beroperasi seperti biasa ketika musim perayaan ini.Tiada cuti dan jika ada kelapangan itu rajin-rajinlah singgah ke blog ini.Tanpa kalian blog ini akan sunyi sepi.Jadi terima kasih banyak-banyak.

 

 

Salam Aidilfitri dan salam motivasi.

6 ulasan

Selamat menyambut hari raya aidilfitri. Maaf zahir & batin.
Salam ceria aidilfitri... :)

Salam Aidilfitri bro. Selamat Hari Raya.

selamat hari raya bro...

p/s: maaf baru berkesempatan buat kunjungan balas ziarah menziarahi sempena raya ni...

terima kasih bro..semoga gembira pada hari raya!

selamat hari raya..perkara biasa tu.


EmoticonEmoticon