Peluang Menjadi Blogger Sepenuh Masa

Peluang Menjadi Blogger Sepenuh Masa.Sudah lama saya menyimpan hasrat dan impian ini.Alhamdullilah saya bersempatan merasai sendiri nikmat bagaimana rasa menjadi blogger sepenuh masa.Namun jangan pulak terkejut.Saya hanya menjadi blogger sepenuh masa selama 6 hari sahaja.

 

 

sepenuh masa

 

 

Selepas tidak mendapat cuti raya pada Hari Pertama dan Kedua tempohari, saya diberi peluang untuk cuti Hari Raya Ketiga sehingga hari ke lapan.Ini masa terbaik untuk saya.Bukan untuk cuti sangat tetapi lebih kepada aktiviti blogging.Jadi tidak keterlaluan saya kata bahawa saya kini menjadi blogger sepenuh masa.

 

 

Suasana hari raya masih hangat .Itu bukan penghalang kepada saya untuk menulis,mengemaskini dan blogwalking ke atas blog-blog terpilih.Sebab tak semua blog berpenghuni sekarang ini.Banyak dah bercuti raya.Namun ada yang sama seperti saya masih gigih menulis dan menulis blog kerana minat masing-masing.

 

 

Kalau sekadar jadi blogger sepenuh masa tak susah manapun.Semua orang boleh jadi macam saya (tempoh terhad).Cabaran yang terhebat ialah bagaimana menjana pendapatan itu sendiri melalui blog.Jika stabil dan setiap bulan ada pendapatan maka selayaknya anda boleh jadi blogger sepenuh masa.Ada duit untuk menyara hidup.

 

 

Apa cerita saya dengan saya ini?

 

 

Ya, saya juga merangka dan melaksana jalan untuk menjadi blogger sepenuh masa yang betul-betul punya.Bukan macam sekarang iaitu tempoh 6 hari sahaja.Itupun kalau bos tak panggil saya balik bertugas sekiranya ada kes-kes  kritikal.

 

 

Baru-baru ini berjaya saya mengumpul tabung Nuffnang sebanyak RM3.02.Jumlah ini siapalah nak bagi percuma untuk saya.Itulah rezekinya.Orang kata berkat kesabaran menulis dalam blog siang dan malam.

 

 

Sehingga orang rumah sendiri mencela memuji kecekalan saya berblogging 2 tahun secara konsisten.Tanda-tanda kejayaan saya ialah saya tidak berhenti menjadi blogger.Walaupun  belum ada pendapatan sebagaimana kerja makan gaji yang telah  saya lakukan sebelum ini.Ingat saya sudah menjadi blogger sepenuh masa selama 6 hari sahaja.

 

 

Impian untuk menjadi blogger yang ada  pendapatan dari blog tidak pernah padam.Masih membara dan sentiasa panas.Atas alasan ini saya telah memperkemaskan beberapa link affiliate dari Ashadee dan Klikjer.Bukan itu saya ada juga link dari Lazara dan beberapa link affiliate yang lain.

 

 

Cukup ke kalau sekadar mengharap link affiliate untuk menjadi penyumbang pendapatan?

 

 

Jawapan terlalu subjektif.Saya hanya berusaha sedaya upaya dan Allah SWT yang memberikan rezeki tersebut.

 

 

Perancangan dalam bulan 6 bulan akan ini saya akan mengkhusus kepada bidang yang sangat sukai dan gemari.Ianya bukan setahun dua.Minat ini telah bercambah semenjak dari bergelar orang bujang lagi.Jika dibandingkan dengan dunia blogger saya lebih cenderung kepada bidang ini.

 

 

Nak saya beritahu sekarang ke ?

 

 

Oh..tidak.Saya akan tulis perkara ini dalam entri yang akan datang dalam blog ini.Jadi tunggu sahajalah ya..In Sha Allah.

 

 

Kesimpulan dari admin

 

Menjadi blogger cumalah platform dan medium untuk mengetengahkan jenama.Hasil pendedahan jenama yang mantap membuka jalan saya untuk bergerak luas dalam bidang yang saya dambakan selama ini.

 

 

Selepas ini mudah untuk saya memperkenal diri sebagai Hero Borneo.

 

Terkenang pulak masa muda-muda dulu saya suka baca tentang Hero Remaja.Bahkan  kagum dengan Hero Hindustan dalam filem Hindi.

 

 

Sekian.Salam motivasi dan jumpa lagi.

6 ulasan

Wah.. Becita-cita nak jadi blogger sepenuh masa ke bro? Hehe. Selamat bercuti

itu cita-cita yang bisa menjadi kenyataan bro!..insya Allah.

ohh.. suka baca hero remaja.. tu yg nama blog hero bornea..
saya pula suka baca pedang setiawan masa remaja dulu.
semoga terus cekal dalam dunia blog bro :D

terima kasih bro..saya memang harap dapat cekal menghadapi dugaan..berblogging

Assalammualaikum...heroborneo,

heroborneo pun boleh berjaya menjadi blogger fulltime .. insaallah ...

mselim3

Mencabar juga nak jadi blogger sepenuh masa tu... kena ada disiplin dan paling penting kesabaran. Insyallah Tuan boleh realisasikannya.


EmoticonEmoticon