Mengurus Jenazah Mualaf Fardu Kifayah

Mengurus Jenazah Mualaf Fardu Kifayah.Ada berita sedih buat saya dan keluarga.Tepat jam 3 petang pada 10/7/2014 di Hospital Umum Sarawak ibu mertua tiri saya telah menghembus nafas terakhir.Arwah seorang mualaf berketurunan Iban.Suami arwah sudah kembali ke rahmatullah sejak 5 tahun dahulu.

 

 

Sejujurnya inilah kali pertama saya mengurus soal pengembumian jenazah.Tanpa ditemani ramai sanak saudara ternyata seorang mualaf menghadapi dugaan baik masa hidup maupun setelah meninggal.Arwah mempunyai 2 anak kandung namun tidak dapat rapat setelah ibu kandung mereka memeluk Islam.Memang kisah sedih.Sepatutnya tidak begitu.

 

al fatihah

 

Perkara pertama bermain dalam minda saya soal bagaimana nak menguruskan jenazah.Jadi saya pergi ke Masjid Jamek Petra Jaya,Kuching.Di sana ada satu jawatankuasa yang boleh mengurus soal-soal jenazah.Ada bayaran yang dikenakan.Bayaran pengurusan seperti pengangkutan,keranda,liang lahad dan sebagainya.

 

 

Memandang di Sarawak berbeza dengan tempat lain maka proses pengebumian cuma dilakukan siang hari.Oleh itu arwah akan dikebumikan esok sahaja.Baru tadi saya menghubungi orang yang bertanggungjawab memandikan jenazah.

 

 

Memandang arwah sudah meninggal di masjid maka proses memandikan jenazah diuruskan di sana sahaja.Insya Allah selepas semuanya selesai maka jenazah akan di bawa ke masjid Jamek sebelum ke perkuburan Orang Islam Semariang.

 

 

Kesimpulan dari admin.

 

Entri ini saya tulis khas buat bekas ibu mertua tiri almarhumah Siti Bt Abdullah @ Suba anak Musim.Mari kita sama-sama sedekahkan al-Fatihah kepada arwah.

 

 

Saya pasti ada yang tertanya-tanya perkara ini jika memerlukan suatu hari nanti.Jadi kalian boleh dapatkan perkhidmatan ini melalui alamat di bawah:

 

 

Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak,

Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub,

Petra Jaya Kuching,

Telefon : 082-446544

Fax : 082-446936

10 ulasan

turut berduka cita,semoga beliau di terima di sisi Allah yang maha kuasa,... Amiin

Alfatihah....

Mudah-mudahnya rohnya dikalangan org yg beriman...

benda perlu kita pelajarkan sebab ramai orang tak tahu kurang ambil tahu sebab mereka snagka dah cukup sornag dua kt kawasan mereka tahu hal ni mereka malas nak ambil ilmu ni ya

amin..dan terima kasih

salam takziah
semoga roh beliau aman di sana
bersama ramadhan yang penuh keberkatan

Yap.

Bagi aku..ini dah kira patut belajar dah bagi setiap lelaki.

tak ada promosi besar-besaran..

terima kasih bro..Amin

kalau dah jadi ketua keluarga atau anak lelaki..wajib tahu dah..


EmoticonEmoticon