Mencari Niche Blog Hero Borneo

Mencari Niche Blog Hero Borneo.Setelah membaca beberapa blog Pakar SEO Malaysia,saya terfikir semula niche blog yang saya bina ini.Saya mahukan blog yang ada jenama khusus dan boleh dipercayai.Paling bagus ada reputasi yang memilliki nilai komersial yang tinggi.

niche blog hero borneo

Jika blog yang berterabur dengan niche maka sukar pula mendapat keunikan dan pengkhususan.Robot enjin carian pening dan pembaca pula hilang tumpuan.Akibatnya susah nak berada pada halaman utama enjin carian.Dengan kata mudahnya blog tersebut akan menjadi sunyi dan sepi dari kedatangan para pengunjung organik.


Setelah dua tahun menulis blog saya semakin sedar ada kesilapan yang telah saya buat.Kesilapan adalah perkara biasa.Namun mengulangi kesilapan yang sama adalah sesuatu perlu dielakkan.


Saya meminati bidang motivasi sejak dari kecil lagi.Sebab itu saya amat faham kenapa orang sukar berjaya.Mereka buat perkara yang sama tetapi mengharapkan keputusan berbeza.Siapa dia kalau bukan saya sendiri.Jadi kalian yang sama seperti saya mesti menukar paradigma pemikiran.


Biarkan saya ceritakan sedikit perjalanan karier blogger yang saya ceburi.Pada tahun 2009 saya merupakan pembaca blog yang aktif.Selain menjadi pembaca blog saya cuba menjinakkan diri dalam bidang penulisan blog pula.Lalu mencuba menggunakan  Blogspot dan juga Wordpress.


Bertitik tolak dari situ saya mula meminati penulisan blog tanpa niche.Menulis sesuka hati.Membelasah apa-apa yang patut untuk ditulis tanpa memperdulikan soal SEO dan sebagainya.


Adapun penggunjung yang datang hanyalah rakan-rakan blogger sendiri.Persoalannya bagaimana nak menjana pendapatan jika pelawat sekadar 10 ke 30 orang sehari yang rata-rata rakan blogger sendiri.Menjual produk affialiate Ashadee dan Klikje bukanlah pasaran yang tepat kepada khalayak ini.


Bagaimanapun saya tetap fokus menulis blog.Tulis apa sahaja yang saya minat.Sekiranya kalian menulis sesuatu yang bukan minat maka akan berlaku penulisan yang  kaku.


Atas dasar demikian saya berusaha menulis entri berbentuk motivasi dalam blog Hero Borneo.Meskipun saya kadang-kadang kering idea untuk menulis dalam niche yang dinyatakan.Lantas saya ambil alternatif  dengan menulis entri tentang info  terkini dan terhangat dipasaran.


Sedar tak sedar, niche blog ini huru hara dibuatnya.Selepas ini saya cara fokus untuk menulis entri yang lebih banyak manfaat kepada pembaca.Lebih  baik juga jika  dapat menemui gologan sasar.

In shaa Allah kalau tiada apa-apa saya akan memberi tumpuan kepada penulisan berbentuk ilmiah.Sudah tentu perlu  membuat banyak rujukan supaya ada ciri-ciri profesional.


Kesimpulan dari admin:

Meskipun aktif mengurus satu blog sahaja saya terpaksa mengorbankan masa yang banyak juga untuk blog ini.Misalnya untuk menulis entri bersumberkan buku,kefahaman dan buah fikiran sendiri.


Dah tentu juga saya masih perlu meneruskan tradisi blogwalking sebab inilah cara saya untuk menjalinkan ukhuwah sesama blogger


Sekian untuk kali ini.Semoga pertemuan tersebut memberi impak maksima kepada kalian dan juga saya selalu blogger yang sibuk dengan urusan kelurga.


Peluang jana pendapatan online

Make $65,000 This Year From Automated Websites!

24 ulasan

menulis blog sudah tentu perlu ada hala tuju klu nak kekal lama dan enjoy dgn penulisan kita . teruskan usaha . semoga matlamat anda tercapai .

Assalammualaikum.... heroberneo,

mselim3 sangat setuju dengan entry nie.... memang benar dalam kita menulis perlu fokus pada sesuatu niche aje.. agar para pembaca kita 'setia' dengan blog kita.. dulu blog mselim3 pun sama xder pembaca setia.. tapi sekarang alhamdulilah.. boleh lah, ada pembaca setia dan support daripada rakan blogger contohnya.. heroborneo pun selalu support mselim3 . Terima kasih...

mselim3

Betul tu, kalau nak mengharapkan trafik dari search engine dan organik trafik kena ada niche, tapi kalau ada sumber trafik alternatif, belasah je topik pun tak masalah

Agreed HB..Blog Niche banyak membantu sebenarnya disamping knowledge yang baik on SEO. Organik trafik yang contribute to higher trafik kan..

Kita bukan blogger yg benar2 kukuh dari segi populariti dan trafik. Jika hanya bersandarkan kpd topik niche semata-mata agak sukar utk menarik pembaca. Oleh itu jadikan topik niche sebagai tunjang blog tetapi perlu ada entri-entri yang mampu menarik trafik sebagai pembuka jalan pengunjung untuk mengenali lebih tentang blog anda... Kukuhkan jenama dan pengikut, setelah itu barulah anda akan selesa utk menerbitkan entri2 niche sahaja...(sekadar pandangan peribadi)

Semoga anda berjaya menjadi hero borneo yg sebenar2nya! :)

setuju..bukan senang nak menulis blog..lagi-lagi yang baru bertateh macam saya..nak tulis satu artikel berejam-jam..dah tulis rasa tak best pulak..draft berlambak :)

Kini Anda Boleh Membeli Sendiri Produk Shaklee Secara Online

cari aje. nanti lama-lama jumpalah yang sesuai.

sampai sekarang den masih belum ada niche khusus. masih dengan konsep 'sharing is caring', apa best den share :)

semoga bro dapat niche yang bro rasa sesuai buat nanti.

Betul tu.. kita mmg perlu ada niche.. semoga dipermudahkan usaha dan terus berjaya.. aamiin.

terima kasih..kerana memberi sokongan!

waalaikumsalam mselim3,

sama-sama kita support dunia blogging!

sebelum dapat trafik organic boleh juga dapatkan trafik alternatif ..taklah blog kita sunyi sepi

semua perkara tersebut ambil masa juga

setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza..apa yang bro BM ada kebenarannya

terima kasih kerana memberi sokongan untuk saya

kalau hasil tulisan berkualiti dan bagus ..tak apa guna masa berjam-jam

yalah..tengah cari la nie

tak pe..seperti kata bro BM..kukuhkan trafik dulu baru fokus kan dengan niche

in shaa kalau dapat sentuhan baru selepas ini

terima kasih tuan bagi sokongan!

Mestikan tetapkan hala tuju dan atlamat mengapa kita berblog...Saya pon kekadang tak tahu niche apa untuk blog saya..hihihihi...Semoga berjaya ya!

Susah jugak nak buat blog ber niche ni.. Good luck bro.

kalau macam tu belasah dulu niche sehingga dapat rentak yang sesuai

pada awalnya mungkin susah..lama kelamaan akan jadi senang..


EmoticonEmoticon