Membunuh Diri Perbuatan Paling Keji

Membunuh Diri Perbuatan Paling Keji.Saya cukup takut membincangkan topik ini.Tersalah faham buruk padahnya.Diingatkan jangan terburu-buru mengambil keputusan membunuh diri meskipun ada hadapi masalah dan ujian itu paling sukar sekalipun.

 

Foto2110

 

Manusia adalah makhluk hidup paling keji kerana sanggup menamatkan nyawa sendiri.Haiwan tak buat perkara ini.Walaupun hakikatnya manusia  ada akal berbanding haiwan yang hanya ada sedikit akal untuk survival.

 

 

Menurut kajian ahli psikologi lelaki lebih ramai berbanding wanita dalam kes membunuh diri.Lelaki yang membunuh diri kerana keyakinan diri  rendah,emosi bergolak dan perasaan cemas yang melampau.Wanita pula dikenalpasti dengan sifat emosi tidak stabil,benci untuk hidup dan kecenderungan rasa hati yang bersalah.

 

 

Di Malaysia, orang biasanya membunuh diri dengan menggantung diri,terjun dari bangunan tinggi dan minum racun perosak serta tak kurang juga dengan mati lemas.Ingat jangan lakukan contoh-contoh yang saya cerita ini.Ia adalah contoh yang digunakan dalam entri ini sahaja.

 

 

Antara sebab –sebab orang membunuh diri kerana cara berfikir.Corak pemikiran mereka berbeza dengan mereka orang biasa berfikir.Sekali lagi tolong awasi cara kita berfikir tentang soal membunuh diri.Sebagai umat Islam membunuh diri adalah haram dan dosa besar.Allah SWT haramkan syurga.Nauzubillah min Zalik.Berikut adalah contoh pemikiran orang yang membunuh diri.

 

 

# Pemilkiran Catologic

 

Seseorang itu berfikir dirinya tidak berguna lagi dan sifat pesimis terlalu tinggi.Sikap berputus asa telah menguasai pemikirannya secara total.Orang begini boleh ditemui disekeliling  kita setiap hari.Tolong bantu mereka dengan memberi kata-kata harapan dan semangat yang kuat.

 

 

#Pemikiran Logik

 

Mereka berfikir dengan menamatkan nyawa sendiri semua masalah selesai.Kes seperti ini berlaku kerana kesakitan fizikal dan mental yang berpanjangan.Mereka boleh terdiri daripada golongan janda ataupun lelaki yang ada masalah hutang keliling pinggang tertunggak.Adakah patut dengan mengambil nyawa sendiri semua masalah akan berakhir.Bagaimana pula pihak waris yang menanggung masalah yang kita tinggalkan untuk mereka.

 

 

# Pemikiran yang kotor

 

Salah anggapan bahawa membunuh diri dapat mengelakkan diri dari menanggung malu dan sengsara.Namun bagi mereka cara ini betul dan sebab itu mereka membunuh diri.Khayalan mereka mendakwa membunuh diri akan membawa kehidupan yang lebih baik.Sebab itu kita selar cara berfikir begini ‘kotor’.

 

 

# Pemikiran Paleologis

 

Golongan ini hidup dalam kekeliruan.Susah nak membezakan kenyataan dan khayalan.Mereka membunuh diri denga terjun ke sungai kerana mendengar suara memanggil mereka untuk berbuat demikian.Hakikatnya ia cuma berada dalam pemikiran.Sangat merbahaya kerana selain membunuh diri sendiri,mereka cenderung pula untuk membunuh rang lain.Alasan kerana mendengar suara dalam pemikiran mereka.

 

 

Selain faktor-faktor pemikiran ada faktor lain yang menyebabkan orang sanggup membunuh diri.Sudah tentu melibatkan soal perasan dan hati.

 

 

# Perasaan tertekan

 

Perasaan tertekan kerana masalah kewangan,rumahtangga,kesihatan dan konflik dalaman.Mereka sudah anggap tiada cara lain untuk menyelesaikan.Jadi ambil nyawa sendiri sebagai langkah terakhir.Wahai pembaca budiman,jangan kalah dengan perasaan tertekan.

 

 

# Kemurungan melampau

 

Orang yang murung akibat tekanan luarbiasa,hubungan keluarga gagal dan juga sakit.Semua ini berkait rapat dan menyebabkan seseorang akan menderita.Penderitaan yang tak tertanggung membawa keputusan untuk membunuh diri.

 

 

#Sakit jiwa

 

Penderita sakit jiwa tidak tahu kesan membunuh diri.Mereka sudah berada dalam dunia sendiri.Lagipun orang yang sakit jiwa tidak dapat kita agak perlaku mereka.Sebab itu ada orang sakit jiwa di kampung saya dulu terpaksa dipasung kaki dan tangan untuk mengelakkan diri dicederakan.

 

 

Rawatan dan pencegahan

 

Kejadian membunuh diri dapat dikawal jika si pegidap sentiasa diawasi oleh kelurga masing-masing.Cuba meminimumkan benda-benda tajam serta cari jalan penyelesaian kepada masalah mereka sesegera yang mungkin

 

 

Langkah untuk berjumpa dengan pegawai kaunselor adalah yang terbaik.Mereka mempunyai kepakaran dalam bidang in.Pihak masyarakat perlu berhati-hati dan prihatin dengan orang sekeliling.

 

 

p/s :Info ini saya perolehi dari buku Psikologi Bilazmin tulisan AB Alim Abdur Rahim dan Kamarulzaman Kamaruddin

 

 

Kesimpulan dari admin,

 

Adalah amat elok saya kongsikan satu hadis dalam entri kali ini.Islam melarang keras perbuatan membunuh diri .Sebab itu tiada tempat di syurga kepada mereka yang melakukannya .

 

 

“Barang siapa menjatuhkan diri dari atas gunung (bunuh diri),maka dia berada di neraka,dia akan menjatuhkan dari dalam neraka untuk selama-lamanya dan barang siapa minum racun ( bunuh diri),maka racunnya itu berada ditangannya,kemudian diminum di neraka jahanam untuk selama-lamanya.Dan barang siapa bunuh diri dengan alat tajam,maka alat tajamnnya itu ditangannya akan menusuk dia di neraka jahanam selama-lamanya.’’-Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

 

 

Info menarik untuk dibaca!

 

1)Doa Pengasih - Atasi Masalah Percintaan Anda!

 

2)Satu Panduan Ilmu PERCUMA yang tidak pernak diajar Disekolah

 

3)Rahsia Hukum Tarikan - Kejayaan Dan Kebahagiaan Dalam Tangan Anda

14 ulasan

moga kita terhindar....Agama mainkan peranan penting dalam kes2 mcm ni...Rakyat jepun&korea antara negara yang tinggi bilangan yg membunuh diri....

salahs satu dari dosa-dosa besar. dah mati macam mana nak bertaubat....

Ingatkan perempuan lagi banyak yang bunuh diri

negara tersebut anggap bunuh diri sebagai budaya yang boleh diterima

betullah kan..dah mati tak boleh hidup balik!

lelaki kerana dugaan emosi yang tak tertanggung maa.

moga dijauhkab dari perkara-perkara yang dikeji oleh Allah..

apalah yang bestnya bunuh diri ni.

tak faham betul gua.

amin..dan begitulah sebetulnya

selepas diaorang bunuh diri lagi tak faham..

Semoga kita & keturunan kita semua sentiasa dijauhi dari perbuatan yg mengundang kemungkaran Allah ini... aamiin.

sebenarnya orang2 terdekat dengan mereka mampu membantu mereka daripada membunuh diri.. mereka akan bertindak membunuh diri bila tidak ada siapa yang mahu mendenagr luahan mereka.. mereka berada dalam tekanan jd mana mungkin mereka mampu berfikir dengan waras.

mereka perlukan sokongan moral


EmoticonEmoticon