Kisah CDM25 Yang Gemparkan Malaysia

Kisah CDM25 Yang Gemparkan Malaysia.Sebetulnya saya tak nak menjadi ia satu isu lagi.Sebab kita sebagai manusia tidak akan lari daripada membuat silap.Mungkin hari ini dia yang buat silap dan kita tidak tahu pada masa akan datang kita lagi menjadi mangsa.Kalau boleh jangan berulang lagi.

 

 

cdm25

 

 

CDM25 adalah no plat kereta Peugeot yang dinaiki oleh seorang wanita.Masalahnya bermula apabila kereta mahal ini telah dilanggar oleh seorang pak cik.Akibat pelanggaran tersebut pemandu CDM25 naik angin dan bertindak seperti samseng.Dengan bersenjata pengunci stereng dia menghentak-hentak kereta pak cik tersebut.

 

 

Kesimpulan dari admin

 

Berita terkini mengatakan pemandu CDM25 sudah meminta maaf.Bagi sesetengah orang kemaafan itu boleh diterima.Namun langkah terbaik bawa ke muka pengadilan supaya menjadi iktibar kepada orang lain bahawa tiada tempat untuk keganasan di Malaysia.

 

 

Sekurang-kurangnya kita sedar bahawa setiap kesalahan itu ada harga yang perlu dibayar dan bukan hanya meminta maaf.Biar undang-undang yang menentukan selepas ini.

 

 

Sekian salam motivasi dan salam kemaafan untuk semua.

22 ulasan

Dlm bulan Ramadhan ni Allah memperingatkan kita... malu je bila org yg bukan Islam lebih bersabar & waras dari yg Islam & melayu. Memalukanlah... nasib baik tak mati org tua tu kena serangan jantung atau sebagainya hhmmm...

Iktibar utk kita semua. Sentiasalah berkelakuan dan berbuat baik kerana kita tidak tahu mungkin satu hari nanti aksi kita pula yg dirakam dan dipertontonkan...

puasa belum dihayati sebenar-benarnya!

istigfar selalu. benda ini harus bijak kawal emosi berlajarlah cara kawal dengan baik kalau kita gagal umpama kita tak hormat pada kedua ibu bapa kita dan pada masyarakat sekelilig juga.wahualam

zaman sekarang semua boleh dirakam..baik yang buruk maupun yang baik..lepas tu pulak mudah tersebar..lebih cepat dari cerita mulut ke mulut

perasaan sabar itu yang paling penting

Sebenarnya... kalau gadis CDM25 yahu bahawa dia berpuasa dan tahu adab2 dlm berpuasa... benda ni tak akan berlaku...

Nasi dah jadi bubur kan..nak buat camne...Semoga menjadi pengajaran kepada kita semua...

p/s: kita agak setuju jika ada tindakan susulan. Yalah maaf tu memang bagus, tapi perlu ada sedikit herga yang perlu dibayar sebagai pengajaran...

Moga perkara ini menjadi pengajaran buat kita... kekadang perkara boleh berlaku kepada sesiapa sahaja kan. Memang benar "Sabar itu separuh daripada iman".. kalau dipraktikkan...

mselim3

bersyukur kepada Allah kerana aib kita disembunyikan..semoga menjadi iktibar kepada semua..

terkesima dgn kata2 uncle sam... kami beragama kristian mengajar penganutnya memaafkan org lain... malu oooo... sepatutnya islam yg mengajar umatnya sebegitu. apatah lagi di bulan ramadan ni... tapi sebalik...

Kesian ko kiki.. Jd bahan dah.. Sudah2 la smua. Dia dh minta maaf.huhu. Mnusia buat salah. Tp abes dah maklumat pribadi ditelanjangkan. Advance sungguh org awm jd CSI skrg. Huuhu

www.ourlovebonding.com

buang yang keruh, ambil yang jernih
baru teguh peribadi

...p ramlee

sebab puasa tidak di hayati hikmahnya!

harap macam tulah kesudahannya

sabar banyak hikmah buat kita semua.

macam begitulah dunia hari ini...kadang-kadang aib kita lebih teruk tetapi orang belum tahu

dan juga trending media sosial selain blog

Islam pun ajar penganutnya untuk orang buat jahat tetapi kita balas dengan kebaikan..

itulah hebatnya kuasa media sosial..seluruh dunia boleh berkongsi info dalam sekelip mata

saya suka yang tu bro..


EmoticonEmoticon