Buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang

Buku  Hidup Tenang Walaupun Berhutang—>Saya seronok membaca buku ini.Saya syorkan kalian untuk mendapatkannya.Saya berani berkata demikian kerana saya telah mempelajari sesuatu ilmu yang amat berharga dalam buku yang saya akan review selepas ini.


Kita lihat harganya dulu.Baru RM20.00 untuk harga di Semenanjung manakala Sabah dan Sarawak hanya berharga RM22.00.Agak murah tetapi ilmu yang bakal kalian perolehi lebih tinggi daripada itu.Kalian akan berasa sangat beruntung dan menyesal kerana tidak memperolehi awal-awal lagi iaitu pada cetakan pertama 2010.Cuma buku yang berada dalam tangan saya ini adalah edisi kemaskini yang dicetak pada tahun 2011.


Hero borneo2262


Buku ini ditulis oleh  Shamsuddin Kadir.Siapakah beliau?


Shamsuddin Abdul Kadir merupakan jurulatih dan penceramah kewangan serta motivasi kerjaya.Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan pakar dalam pelbagai bidang seperti kewangan,pentadbiran,pemasaran,operasi dan hartanah.


Satu perkara hebat yang beliau usahakan sekarang ini ialah mempelopori Teori Smart Kaya.Satu teori yang sangat bagus dalam membongkar cara untuk kaya dengan apa yang ada ditangan anda.Segala info selanjutnya kalian boleh layari web rasmi beliau di www.shamsuddinkadir.com


Bagi mereka yang bukan berlatarbelakang kewangan tiada masalah untuk membaca buku ini.Bahasa yang digunakan mudah difahami.Orang yang tak berpelajaran tinggi macam saya senang faham.Tiada istilah jargon yang pelik dan ajaib.Pendek kata membaca topik kewangan seperti membaca buku cerita.Best kan!


Buku ini telah dibahagikan kepada 3 bahagian utama.Setiap bahagian saling berkaitan.Tujuannya supaya idea utama pembincangan buku ini masih berada pada landasan utama.Penulis sedaya upaya untuk memberi kefahaman kepada pembaca betapa pentingkan usaha mengurangkan hutang demi meningkatkan taraf hidup manusia.


Dalam bahagian kedua dan ketiga pula banyak membincangkan bab hutang.Apa yang paling menarik buat saya ialah panduan untuk membebaskan diri dari hutang.Pesan saya cuma satu.Dapatkan buku ini segera di pasaran selagi stok masih ada.Jika tak kalian akan terus menggigit jari dan tergaru-garu kepala mencari idea untuk selesaikan hutang.Segala kemelut yang melanda benak kalian akan terungkai jika buku ini sudah  berada dalam genggaman kalian.Tak percaya.Belilah satu hari ini juga.


Satu topik yang mesti kalian ambil tahu ialah merancang kewangan.Penulis bersungguh-sungguh untuk berkongsikan ilmu tersebut dalam buku ini.Baca satu persatu dan amalkan seawal yang mungkin.Tak boleh tunggu lama-lama.Jika nak tunggu juga maka ia boleh merana dibuatnya.


Berita baik!


Dengan ketebalan halaman 182 mukasurat saya pasti ramai yang suka nak baca buku ini.Lebih menarik lagi setiap halaman buku ada fakta yang dipersembahkan secara kreatif.Amat sesuai dibaca oleh mereka yang sentiasa sibuk atau buat-buat sibuk dengan media sosial.Dalam apa itu jangan abaikan masa begitu sahaja tanpa menambah ilmu dalam apa jua bidang yang diminati.


Sekiranya kalian nak dapatkan buku ‘'Hidup Tenang Walaupun Berhutang’’ layarilah website penerbit di SINI atau cari sahaja di toko-toko buku yang berdekatan dengan rumah kaliian.


Kesimpulan dari admin :

Hutang itu ibarat seperti api.Bila kecil menjadi kawan tetapi bila besar menjadi lawan.Namun bagi saya,lebih baik jangan berkawan dengan hutang atau kawan-kawan yang kaki hutang.Jika nak juga sesuatu barang jangan berhutang.Apa kata tunda dulu sehingga cukup duit untuk membelinya secara tunai.


Mulai dari saat ini kalian berlatih untuk katakan tidak kepada skim bayaran mudah atau skim susah nak bayar hutang.


Sekian salam motivasi.Jumpa lagi.


‘’Lebih baik miskin tanpa berhutang daripada ‘kaya’ tetapi hutang   ada di mana-mana- Hero Borneo.’’



Iklan Teks

Rahsia Resume Superstar Dibongkar
Tips Rumahtangga Bahagia
Catuaba - Herba Pilihan Lelaki Power!

6 ulasan

Hidup jika bebas dari hutang pasti tenang..

kena cari buku ni nampaknya...

Bagus ni... maaf bulan puasanya bnyk kekangan berblog. Alhamduillah dpt singgah juga. Thanks sharing bro.. :)

itu yang sebaiknya..bro!

ya..cukup bagus untuk dibaca bro!

hutang masih byk ni....haha


EmoticonEmoticon