Template Redpite Pilihan Terbaik Blogspot

Template Redpite Pilihan  Terbaik Blogspot.Berita baik untuk para pengguna blogspot.Saya sendiri mengakui sebagai pengguna  amat berpuas hati.Saya  telah menggunakan sejak beberapa bulan yang lepas.Nak lebih tepat lagi,kira dalam dua bulan sejak pelancaran rasmi bulan April 2014.


redpite image

Kredit : senibinablog.com


Reaksi saya tentang template ini ialah thumb up.Kategori terbaik dalam segmen template blogspot yang percuma.Pastinya saya cukup berterima kasih kepada bro +Daniel Abdul Rahim.Seorang blogger  muda dan berbakat besar dalam coding berasaskan blogspot.


Antara ciri-ciri hebat template Redpite tak lain dan tak bukan tentang kelajuannya.Cukup laju dan boleh diloadingkan dalam masa 4.11 saat.Wow! Memang hebat tu.


Selain daripada itu mesra SEO.Dah terpasang dengan HTML 5.Satu kod yang cukup baik untuk SEO pada masa kini.


Reka bentuknya yang responsive.Sebut tentang responsive maka blog yang guna template ini amat sesuai dibaca melalui peranti mudah alih seperti tablet atau smartphone.


Ciri-cirinya yang elegant kerana ada warna hitam dan merah pasti memikat blogger seperti saya.Suka warna hitam.Nampak anggun dan ada wibawa.


Kalian nak tahu demo.Apa susah-susah tengok sahaja blog Hero Borneo.Ya.Blog ini pun dah guna template Redpite.


Jika kalian nak sama-sama  guna template Redpite  boleh download guna link INI.


Sekian.Selamat mencuba dan salam kejayaan dalam dunia blogging.



EmoticonEmoticon