Teknik Super Power Hilangkan Konflik Emosi

Pada kali ini Hero Borneo berkongsikan  Teknik Super Power Hilangkan  Konflik Emosi.Saya berharap teknik yang diberikan ini boleh memberi manfaat kepada mereka yang  memerlukan.Mungkin ada juga dalam  kalangan  kalian belum lagi menghadapinya.Tak apa.Jadikan ia sebagai panduan pada masa akan datang pula.

 

 

Dunia semakin mencabar dan konflik emosi akan bertambah dari hari ke hari.Kehidupan hari ini bakal terdedah kepada cabaran kos hidup meningkat,gejala sosial,pengaruh media sosial dengan kemasukan fahaman humanisme,masalah kesihatan dan 1001 lagi cabaran.Bahkan jika nak senarai satu persatu boleh memyebabkan kalian menghadapi konflik emosi pulak nanti.Itu yang saya tak nak tu!

 

 

konflik emosi

 

 

Jom kita teliti,fahami dan amalkan  teknik super power ini.Maaf tajuk  ada provokasi sedikit macam jenama kopi pulak dah.

 

 

#1.Buat selalu pernafasan berimaginasi

 

Caranya mudah sahaja.Pejamkan mata kalian buat seketika dan tarik nafas dalam –dalam.Ketika menarik nafas bayangkan rasa bahagia,tenang dan damai masuk ke dalam badan perlahan-lahan.Tahan nafas buat seketika

 

 

Selepas itu  hembus nafas perlahan-lahan .Bayangkan segala perasaan negatif,kecewa dan kemarahan keluar bersama hembusan nafas anda.Rasakan segala sifat negatif itu habis dikeluarkan.

 

 

Teknik ini amat berkesan jika kalian sudah mahir.Nak mahir perlukan latihan beberapa kali.Jadi cubalah kerana ia memang diguna pakai oleh ramai ahli terapi,kaunselor dan perunding motivasi macam saya.

 

 

#2.Programkan minda untuk menerima kenyataan

 

Menurut sumber dari buku bertajuk Berubah Atau Kalah tulisan Wahid Mahdi menyatakan 90 peratus ketakutan kita tidak berasas.Maksudnya di sini 10 peratus sahaja kenyataan yang perlu kita terima atau akui adalah benar.Susah nak faham.

 

 

Saya ambil contoh mudah dalam bentuk angka.Kalian menghadapi situasi tertekan ketika hendak menghadapi temuduga.Sebelum itu kalian sudah membuat banyak pesediaan dan latihan temuduga.

 

 

Ketika hendak masuk dalam bilik temuduga fikiran kalian sudah merasai kesusahan menjawab soalan penemuduga dalam 90 peratus.Rupa-rupanya ketika berlangsung temuduga cumalah 10 peratus sahaja tahap kesukarannya.Selebihkan kalian sudah lulus dan berjaya.

 

 

Dalam kehidupan sebenar juga begitu.Kita terlalu memikirkan perkara dalam situasi lebih buruk berbanding kenyaatan yang bakal berlaku.Sedangkan situasi sebenarnya tidaklah seteruk mana.Apa yang menjadi masalah kita terlalu risau memikirkan perkara yang belum pasti.

 

 

Penyelesaian mudah ialah  setting balik minda untuk menerima kenyataan secara realitik.Apa yang kita bayangkan tidak seteruk yang kita sangkakan.Jadi jangan bersangka buruk dan sentiasa memberi input positif dalam minda.

 

 

#3.Belajar mengakui dan memaafkan diri sendiri

 

Semua orang tidak dapat lari dari membuat kesilapan.Namun tidak semua orang boleh  belajar dari kesilapan untuk tidak mengulangi lagi pada masa hadapan.

 

 

Hanya mereka yang dapat mengakui dan memaafkan diri sendiri sahaja dapat menghilangkan konfik emosi.Dalam ajaran agama Islam konsep ini cukup cantik sekali.Orang Islam diberi peluang bertaubat meskipun telah membuat dosa berkali-kali.

 

 

Allah SWT Maha Pengampun dan Maha Penyayang.Jika kalian nak rasa lega dari konflik emosi perbanyakan istighfar dan perasaan bertaubat.

 

 

Kesimpulan dari penulis

 

Teknik no 3 ialah paling ampuh dalam mengubat penyakit hati.Saya cukup yakin kalian yang ada konflik emosi boleh mencuba teknik yang saya sarankan ini.Dalam pada itu juga jangan lupa jumpa pihak kaunseling jika konflik emosi semakin serius.

 

 

Sekian.Salam motivasi dan selamat mencuba untuk menjadi insan yang bebas gangguan emosi.Kalian berhak untuk memilih menjadi bahagia,tenang dan gembira setiap masa.

 

 

p/s:Perlu juga kita perhatikan bahawa keluarga bahagia dapat mengatasi konflik emosi.Sebab itu saya amat sarankan kalian bongkar juga Tips Rumahtangga Bahagia

 

 

keluarga bahagia

1 ulasan so far

teknik yang menarik...


EmoticonEmoticon