Mitos Kais Pagi Makan Petang (2)

Sebelum ini saya ada menulis entri tentang Mitos Kais Pagi Makan Petang.Berikut ini adalah sambungan kepada entri tersebut.Secara peribadi saya menganggap entri yang bakal kalian baca ini terlalu penting buat saya.Diharap begitu juga kepada rakan-rakan pembaca yang lain.Semoga boleh memberi manfaat.Tak dapat banyak sikitpun jadilah.Ya.Kan!

 

 

3.Kais sebulan makan 14 hari

 

Golongan dalam kategori ini cukup ramai.Mereka penyumbang kepada budaya berhutang untuk terus menjalani kehidupan.Hutang yang mereka buat melalui kad kredit kerana pendapatan yang diperolehi tidak mampu dibawa sehingga hujung bulan.Memang merana dan sengsara kerana tanpa hutang kad kredit kehidupan mereka agak sukar untuk membeli barang keperluan harian.

 

 

Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa gaji boleh habis dua minggu sahaja.Mudah nak jawab jika mereka terhimpit dengan hutang liabiliti seperti rumah,kereta dan barangan dalam rumah.Separuh daripada duit gaji telah dicurahkan ke dalam akaun pinjaman.Kalau akaun simpanan kira okay lagi.Ya tak?

 

 

4.Kais sebulan makan 7 hari

 

Alamak lagi naya kes ini.Saya faham dan mereka amat tertekan dengan situasi ini.Bayangkan sahaja gaji yang diperolehi hanya mampu dinikmati selama seminggu.Selepas itu poket kosong dan serba serbinya dalam kekurangan.Bagi mereka yang berkerjaya tetap dan ada kemudahan kad kredit maka itulah cara untuk mereka terus  ‘hidup’.

 

 

Selain daripada itu ada juga golongan yang terkenal dengan  sindrom pinjam meminjam sana  sini melalui kawan-kawan.’’Nanti hujung bulan dan dah terima gaji baru bayar’’ adalah skrip yang biasa digunakan.Putaran hidup berhutang begini akan berterusan.Dari satu bulan ke satu bulan.Selayaknya boleh dianggap sebagai barah kewangan.

 

 

kais petang

 

 

Jalan penyelesaian yang dicadangkan :

 

Pada mulanya saya nak tambah lagi mitos bahawa kais sebulan makan sehari.Memang ada logik dan ianya memang sadis untuk dijelaskan.Jadi saya ambil keputusan tak nak cerita bab itu panjang lebar.Bikin hati susah dan runsing sahaja terutama kepada mereka yang mengalaminya.

 

 

Setiap penyakit ada ubatnya.Begitu juga dengan masalah pendapatan tak cukup-cukup.Ianya mesti ada jalan penyelesaiannya.Percaya dan yakin akan kata-kata saya ini.

 

 

Jom kita lihat bagaimana nak atasi 3 kategori mitos kais pagi makan petang ini :

 

 

#Berdoa kepada Allah SWT

 

Kepada mereka yang beriman maka inilah penyelesaian terbaik.Mari berdoa sebanyak yang mungkin.Cuba usahakan berdoa dalam waktu sepertiga malam,sewaktu berbuka puasa dan selepas solat 5 waktu.Pada waktu tersebut doa kalian tiada hijab dan mudah termakhbul.Minta pertunjuk,kekuatan dan jalan keluar kepada masalah yang kalian hadapi.

 

 

#Berusaha mencari pendapatan sampingan

 

Lupakan dulu masa santai.Tinggalkan dulu waktu riadah.Mari kita cari dan usahakan pekerjaan sampingan.Melalui dua pekerjaan maka kalian ada dua pendapatan.Rasanya bolehkan untuk memberi nafas baru supaya gaji kalian ada peningkatan.Pada waktu ini kerja keras amat diperlukan.

 

 

#Berhijrah demi kelangsungan hidup

 

Saya tak bermaksudkan kalian cuba lari dari hutang.Saya mencadangkan kalian supaya mendapatkan pekerjaan yang lebih besar imbuhannya.Selain itu berhijrah cara hidup dari seorang pemboros kepada berjimat cermat.Berhijrah cara berfikir iaitu berbelanja mengikut keperluan dan bukannya kehendak.

 

 

#Menambah ilmu pengurusan kewangan

 

Tak semestinya masuk universiti atau kolej untuk belajar ilmu pengurusan kewangan.Ilmu penting ini ada ditulis dalam banyak buku di negara ini.Ianya boleh didapati percuma melalui tulisan  dalam blog seperti blog Hero Borneo (contoh sahaja).Baca dan fikir serta amalkan apa yang perlu.

 

 

Kesimpulan dari penulis :

 

Nampaknya sudah terbongkar mitos kais pagi makan petang.Apa yang kalian mesti faham bahawa berbelanjalah mengikut kemampuan.Bak kata pepatah lama ikut rasa binasa dan ikut nafsu lesu.

 

 

Kepada mereka yang berjuang dan bergelut untuk membebaskan diri dari barah kewangan saya tabik kepada kalian.Teruskan berusaha dan mesti kuat  semangat  menghadapi cabaran hidup ini.

 

 

Sehingga jumpa lagi dan salam motivasi untuk semua.

 

 

p/s :Langkah alternatif untuk menyelesaikan barah kewangan boleh rujuk dalam info ‘’Mesin Komisen’’


EmoticonEmoticon