Kenapa Blog Hero Borneo Terbaik

Kenapa Blog Hero Borneo Terbaik.Boleh dikatakan pengakuan jujur jika apa yang saya tulis ada kebenarannya.Tambahan pula kalau  ada  yang setuju.Saya percaya diri sendiri dan kepercayaan itu memang perlu datang dari diri sendiri.

 

 

Saya akui lebih mudah menilai blog sendiri daripada blog orang lain.Ada yang tidak setuju dengan pendapat ini.Kenyataannya blog itu seperti cerminan diri penulis itu sendiri.Hanya tuan punya tahu kekuatan dan kelemahannya.Pendapat dari luar cuma pemerhatian yang tak semestinya betul pada setiap masa.

 

 

Saya tidak berniat untuk bersikap menunjuk-nunjuk kehebatan blog ini.Apatah lagi dalam membuat penilaian untuk menyatakan blog Hero Borneo  adalah yang terbaik.

 

 

blogku terbaik

 

 

Mari kita lihat sebab-sebab yang melayakkan blog saya menjadi blog terbaik dalam dunia blogging tahun 2014:

 

 

# Keunikan domain

 

Dalam berjuta-juta blog dalam dunia ini hanya ada satu domain  www.heroborneo.com. Domain ini saya beli dengan duit poket sendiri.Dengan itu saya wajib bersyukur kerana berpeluang memiliki domain ini.Setelah saya membeli domain ini maka saya seperti hero yang tak dilagukan atau unsung hero.Tidak keterlaluan juga blog saya mendapat penangan terbaik kerana keunikan domainnya

 

 

#Template hasil ciptaan anak tempatan

 

Penggunaan template Redpite hasil aspirasi Bro Daniel Abdul Rahim amat mengujakan saya untuk kekal berblogging.Template yang responsive dan laju ini memboleh para pembaca senang membaca dan mencari infomasi yang dihendaki.Memang cara kebetulan saya dan pereka template blog ini sudah kenal.Tentunya hasil perkongsian ikhlas dan sokongan beliau menjadikan blog yang mengguna template ini lebih serasi dan terbaik.

 

 

#Niche motivasi dan informasi

 

Pada mulanya saya nak tulis tentang informasi sahaja terutama melibatkan dunia semasa,tempat pelancongan dan sebagainya.Namun kecederungan saya untuk menulis dengan nada motivasi telah mengheret blog ini menjadi Blog Personal Untuk Motivasi Dan Informasi.Dari situ saya semakin seronok pula yang berkongsikan penulisan motivasi yang menyelitkan informasi yang pelbagai bidang dan skop.Amat wajar blog motivasi sentiasa mengutamakan perkara terbaik setiap masa.

 

 

#Gaya penulisan santai dan bersahaja

 

Adalah mustahil untuk menulis dengan gaya 100 % sama dengan orang lain.Lainlah ada kes plagiat berlaku.Sebab itu blog Hero Borneo mengutamakan skill penulisan tersendiri.Ada masanya cukup santai.Ada ketikanya serius dalam bersahaja.Paling penting buat saya supaya pembaca mendapat manfaat.Tak banyak sikitpun jadi.Lebih mengembirakan saya jika ada pembaca yang sudi singgah berkali-kali.Insya Allah dengan niat mereka untuk mendapat manfaat dalam memperbaiki diri.Bolehkah ia dikatakan blog terbaik?

 

 

#Admin blog seorang mesra pembaca

 

Saya merupakan blogger yang lahir dari aktiviti blogwalking.Sebab itu saya suka membalas kunjungan balik setiap penggunjung yang meninggalkan link mereka.Syarat ini tidak termaktub kepada pembaca senyap kerana mereka tiada pautan link yang boleh saya terjah balik.Selain membuat blogwalking balas saya tetap membalas komen yang diterima.Cara ini mengwujudkan hubungan dua hala saya dengan para pembaca.Tentunya cara ini menjadikan blog ini mesra pembaca dan sekaligus terbaik dalam aktiviti blogging.

 

 

#Penggunaan iklan yang minimum

 

Dalam satu sudut  ramai tak suka iklan.Ianya seolah-olah mengganggu konsentrasi pembaca.Namun dari sudut lain pula iklan adalah sumber pendapatan kepada blog tersebut.Dalam situasi ini saya mengambil jalan tengah supaya tidak meletakkan iklan berlebihan.Sepatutnya saya mengutamakan iklan supaya ada pendapatan namun demi pembaca saya ketepikan.Wajarkan tindakan saya ini supaya mengekal status quo  blog Hero Borneo antara yang terbaik.

 

 

Kesimpulan dari penulis :

 

Entri ini saya tulis khas untuk menyertai pertandingan Blogku Terbaik anjuran blog www.teaoais.com yang cukup terkenal dengan tagline ‘Gerbang Infomasi Online’.

 

 

Saya berharap penyertaan ini mencapai obektif utamanya iaitu membina networking dengan salam perkenalan.Terima kasih kepada pihak penganjur.

 

 

Sebagai admin blog Hero Borneo,saya amat mengalu-alukan perkenalan ini.Jumpa lagi dan salam motivasi terbaik dari saya untuk semua.

 

 

Nak ikut serta jom pakat ramai-ramai sebelumnya ianya berakhir pada 30 Jun 2014 di --------------- SINI

32 ulasan

Tajuk yang catchy..untunglah sape lg nak puji blog kita kan..tapi bab informasi tu sy setuju ;)

Anak Anda Picky Eaters?

haha..

masa inilah nak puji diri sendiri.

Blog ini adalah salah satu blog saya mesti singgah kalau ingin melakukan aktiviti Blogwalking. Nama domain pun memang unik dan sedap dibaca.

Saya pun suka dengan template hasil anak tempatan ini. Lagi-lagi bila klik ke page lain. lain dari lain dari template luar.

Penulisan bro pun sangat mantap lagi terbaik. :)

blog saya sungguh teruk masih banyak perlu di perbaiki alahai..

Terbaiklah...Good luck ya...

Salam bro... tak salah puji diri sendiri. Blog bro ada kelebihannya yg tersendiri. Teruskan dgn niat ikhlas anda. Semoga berjaya dlm bidang ini. Teruskan berusaha. Pasti kejayaan menyusur.

Bloh yang baik. Saya setuju. Cuma nak tahu kenapa Heroborneo ya? tuan asal dari sana ke...?

sebenarnya ada draft entri yang saya peram tentang kenapa saya pilih domain hero borneo...sampai sekarang belum publish lagi |o|

terima kasih kerana memberi sokongan.

kalau tak kerana contest rasanya tidak perlu saya dedahkan 'kehebatan blog ini..

tak apa ambil masa sikit-sikit

ya..betul bro..masa yang dibenarkan sahaja

so..sweet! thank you bro!

masih dalam proses pembelajaran juga bro..

Pertandingan menarik... Masuk bakul angkat sendiri :)
Semoga berjaya!

ataupun naik lif sendiri tekan..ha..ha..

admin blog mmg di akui mesra pembaca..
bukan nak bodek tapi kenyataan. hee

good luck bro...contest yang menarik, sesekali memang kita kena puji blog sendiri :)

Hahaha.. Entri terbaik!! Boleh menang ni.. :)

Blog ini mmg terbaik... saya setuju. Semoga bertuah bro Hanafi!

Wah blog bro memang terbaik

Semoga sukses dalam contest

terima kasih bro...terasa macam dihargai!

ha..ha..bukan selalu boleh puji diri sendiri!

insya Allah kalau ada rezeki...doakan kejayaan saya.

adui!..taklah bertuah sangat tuan..masih banyak belajar lagi nie

terima kasih bro...itu yang saya suka dengar!

terima kasih kerana memberi sokongan bro!

alamak bro, aku terlepas la pula nak ikut serta =(

saya ikut last minute..baru juga tu!


EmoticonEmoticon