Cara Diet Guna Kuasa Minda

Cara Diet Guna Kuasa Minda.Sebenarnya cara ini bukan sesuatu baru atau luar biasa.Cara alami yang semua orang boleh lakukan.Murah,mudah dan paling penting sekali berkesan.

 

 

Minda adalah organ terhebat kurniaan Allah SWT kepada makhluk bergelar manusia.Dalam minda itu sendiri ada kuasa yang Allah izinkan untuk melakukan apa sahaja termasuk topik yang kita sentuh ini iaitu diet.

 

 

diet kuasa minda

 

 

Diet lebih mudah difahami dalam bentuk cara pemakanan kita.Diet yang sempurna mempunyai komposisi nutrien yang seimbang untuk badan.Jadi diet jangan disalah tafsirkan dengan makan terlalu sedikit atau langsung tak makan.

 

 

Itu puasa namanya.Namun puasa perlu makan juga iaitu waktu bersahur dalam waktu sebelum subuh dan berbuka pula dalam waktu maghrib.

 

 

Isunya sekarang ialah kita mula mengamalkan diet setelah badan seperti guni beras (maafkan saya jika terasa pulak).Sebelum ini saya pernah tulis entri yang berkaitan dengan tajuk Panduan Mudah Langsingkan Badan Wanita.Ada masa lebih boleh baca lagi dekat situ.

 

 

Dalam situasi sekarang ini saya syorkan dua pilihan untuk kalian.Pilihlah yang mana satu dan pastikan pilihan itu betul-betul ikhlas.Timbul dari sanubari.

 

 

Pilihan pertama teruskan sahaja tanpa berbuat apa-apa.Bersedia untuk kemungkinan gemuk gedempul  sepanjang hayat kalian.

 

 

Pilihan kedua kalian mesti cari jalan untuk kembali ke bentuk badan yang ideal.Jadi orang bijak dengan guna kuasa minda.

 

 

 

Jika kalian ingin pilihan kedua maka bersiap  sedia untuk berdiet guna kuasa minda.Aktifkan minda separuh sedar kalian dan menerima saranan positif untuk menjadi seseorang yang memiliki bentuk tubuh yang cantik,menawan dan mengiurkan.

 

 

Sudah tentu usaha amat diperlukan.Mulai dari saat ini kalian mesti kawal pemakanan dengan cara diet yang betul.Kurangkan makanan  berlemak, terlalu manis dan terlalu masin.

 

 

Ada rasa nak makan.Jangan ditahan.Makan sahaja tetapi dalam kuantiti yang sedikit.Seru diri sendiri untuk lebih jujur dan jangan mungkir janji kepada orang yang bergelar kalian sendiri.Ingat sekali mungkin janji maka kalian layak untuk diberi pilihan pertama.

 

 

Jika tak nak pilihan pertama ikut sahaja apa yang saya syorkan ini.Caranya mudah sahaja.Tengok badan  melalui cermin setiap hari dan lekatkan gambar model wanita untuk wanita dan model lelaki untuk lelaki.Carilah gambar model dari Korea atau Bollywood kesukaan kalian.

 

 

Katakan pada diri sendiri bahawa kalian tiada pilihan lagi.Kalian hanya diberi peluang sekali untuk buat pilihan kedua.Mahu atau tidak kalian sendiri yang tentukan.Kalian mesti menjadi seperti model yang dilekatkan tepi cermin tu.

 

 

Jika nak beli suplimen atau ubat diet sila beli.Tetapi dalam minda setkan untuk memilih pilihan kedua tadi.

 

 

Sekiranya kalian sukar nak ikut apa yang saya sarankan,maka saya syorkan kalian kaji dengan serius Rahsia Menguruskan Badan Dengan Terapi Minda! Klik Sini!

 

 

Sekian dan sudah cukup sampai di sini.Semoga kalian lebih bermotivasi untuk berdiet guna kuasa minda.Semoga berjaya hendaknya.

2 ulasan

Tanpa Nama delete 01:34

Whɦɑt a tremendօus write-up! It's aggrravating as I am going tɦгough somee difficulties subscribing tο your newsletter.


Also visiit my website; the best E-liquid - phimaimedicine.org -

terima kasih atas nasihat blogger hero borneo..kena setkan pada minda.. |o|


EmoticonEmoticon