Adab-Adab Puasa Yang Terbaik

Adab-Adab Puasa Yang Terbaik –Apa jua amalan yang dilakukan bersungguh-sungguh pasti memberi kelebihan tersendiri.Begitu juga dengan amalan berpuasa.Jika dibuat secara terbaik maka amalan tersebut menjadi afdal kepada kita.

 

 

Mari kita teliti dengan berhati-hati agar adab-adab ini dapat  dilaksanakan sebaik yang mungkin.

 

 

adab puasa

 

 

#Bersegera berbuka

 

Jika kita sudah yakin masuk waktu maghrib  maka jangan berlengah-lengah untuk berbuka puasa.Rasai nikmat berbuka puasa dan syukuri nikmat tersebut dengan terus melakukan beberapa sunnah yang telah ditinggalkan oleh Rasullulah kepada kita.

 

 

#Berbuka puasa dengan kurma

 

Ambil kurma kering atau basah sebagai pembuka puasa.Jika tiada boleh berbuka dengan air.Selepas itu terpulang kepada kalian nak terus makan atau berehat sebentar untuk solat fardu Maghrib.

 

 

#Makan sahur

 

Ada yang tak sempat bersahur kerana terlewat bangun.Sikap begini mesti dihapuskan segera kerana makan sahur itu membezakan puasa orang Islam dengan agama lain.

 

 

#Melewatkan sahur

 

Sahur yang dilakukan pada waktu yang agak lewat ada hikmahnya.Sudah tentu ia memberi satu kelebihan supaya kita kekal bertenaga melakukan aktiviti harian.Bayangkan kalau sahur tengah malam dan berbuka pula waktu maghrib.Saya rasa kalian lebih letih daripada biasa.

 

 

#Meninggalkan perbuatan sia-sia

 

Antara perbuatan sia-sia ialah menipu,mencela,mengumpat dan menghasut.Jika dalam bulan biasa kita suka buat perkara tersebut apa kata dalam bulan ramadhan dan ketika berpuasa kita berlatih untuk meninggalkannya.Insya Allah latihan dalam sebulan boleh menghindarkan kita terus dari melakukan perkara ini.

 

 

#Berdoa sewaktu berbuka

 

Waktu mustajab berdoa ialah ketika berbuka puasa.Jadi rebut peluang ini sebaik mungkin kerana doa yang orang berpuasa tiada hijab.Insya Allah akan makhbul.Selain doa berbuka puasa kita boleh juga berdoa untuk memenuhi hajat dunia atau akhirat.

 

 

#Bersedekah makanan untuk orang berpuasa

 

Tersangat beruntung kepada mereka menjadi pemurah dalam bulan puasa.Orang yang bersedekah makanan akan mendapat pahala seperti orang berpuasa.Lagi ramai lagi bagus.Memang tak terbayang akal kita betapa banyaknya pahala orang bersedekah makanan untuk orang berbuka.

 

 

#Perbanyakkan membaca al-Quran

 

Ini kenyataan yang sesiapa pun tidak boleh pertikaikan.Bulan biasa besar pahala membaca Al-Quran.Apatah lagi ketika bulan Ramadahan kerana setiap amal kebajikan digandakan.Cuma saya pesan kepada diri sendiri bahawa jangan berkira-kira dengan soal pahala kerana ianya hak Allah SWT.Pada kita terlalu kecil tetapi nilainya amat besar pada penilaian Allah SWT.Saya sarankan agar ikhlaskan sahaja perbuatan kita tanpa mengharap sebarang alasan.

 

 

#Mandi junub sebelum fajar

 

Perkara ini amat penting sekali supaya kita dapat berpuasa dalam keadaan penuh suci.Tak kira kepada mereka selepas hubungan suami isteri,habis haid atau mimpi keluar air mani.Puasa memang tetap sah juga walaupun masih berhadas besar namun bagaimana dengan nak solat subuh.Ya mahu tidak mahu mesti bersihkan diri dulu dari  sebarang hadas.

 

 

[Sumber : Diubahsuai dari buku  Panduan Smart Puasa terbitan Kor Agama Angkatan Tentera]

 

 

 

Kesimpulan dari penulis:

 

Puasa adalah amalan hebat bagi orang beriman.Puasa itu sendiri menjadi KPI sama ada bertambah atau berkurangnya takwa.

 

 

Sekian.Salam motivasi dan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-mubarak.Kita hebatkan promosi iman kerana ibadah puasa adalah termasuk dalam rukun Islam yang ketiga.

 

 

p/s : Biasanya orang yang  solat tak akan meninggalkan puasa berbanding ada yang puasa penuh tapi tidak solat.Fikir-fikirkan.

 

 

1 ulasan so far

mmg terbaik.. tak sabar rasanya nak puasa


EmoticonEmoticon