3 Tip Terhebat Membina Impian Besar

3 Tip Terhebat Membina Impian Besar-Kehidupan adalah anugerah terindah dalam hidup ini.Serikan kehidupan ini dengan impian.Binalah impian.Kalau boleh impian yang besar.Harapan saya agar sesiapa sahaja walau apapun keadaan kalian jom membina impian besar selepas  membaca entri ini.

 

 

Impian besar bukan angan-angan.Orang berimpian dan  orang berangan-angan amat berbeza.Demi kebaikan pembaca sekalian saya rela hati untuk menulis satu entri khas untuk berkongsikan  tip membina impian besar.

 

 

impian besar

 

 

Saya masih teringat kata-kata seorang penceramah yang bertaraf jutawan.Ketika itu saya menghadiri satu seminar motivasi yang dikendalikan beliau sekitar 5 tahun lalu.

 

Orang yang benar-benar muflis bukan kerana tiada harta atau wang ringgit tetapi TIADA IMPIAN.

 

Nampak tak  betapa pentingnya impian dalam hidup kita.Impian seumpama harapan dalam menghadapi  setiap kesukaran dan kepayahan yang kita alami.Lagi sukar hidup kita maka lagi besarlah impian kita untuk berjaya.

 

 

Andainya kalian yang sedang  diuji dengan musibah atau dengan yang seumpamanya ketika ini,usah berduka lagi.Kalian memang ada kemampuan untuk mengatasinya.Insya Allah apabila lulus nanti kalian akan berjaya gilang gemilang pada masa hadapan.

 

 

Saya amat percaya.Begitu juga dengan kalian mesti mempercayai diri sendiri.Bolehkan!

 

 

Mari kita lihat 3 tip terhebat untuk membina impian besar dalam hidup kalian.

 

 

#Kenalpasti kecenderungan diri

 

Jika kalian cenderung untuk menulis maka pasanglah impian untuk menulis buku bestseller.Hasilkan penulisan kalian supaya menjadi fenomena kepada dunia.Saya sedia maklum ada ramai pembaca blog ini mempunyai kecenderungan menulis dengan cukup baik.Kemampuan kalian menyampaikan idea melalui tulisan memang mengkagumkan.Jadi kalian berpotensi menjadi penulis hebat suatu hari nanti.

 

 

#Kenalpasti minat peribadi

 

Setiap daripada kita mempunyai minat yang berbeza-beza.Minat yang mendalam terhadap sesuatu perkara boleh dijadikan kayu pengukur dalam membina impian.Jika kalian berminat berniaga secara online atau konvensional maka pasangkan impian menjadi jutawan.Berniaga membuka jalan untuk kaya raya.Jadi tetapkan kesungguhan dalam mencapai impian menjadi salah seorang rakyat Malaysia yang bergelar jutawan.

 

 

#Kenalpasti keperluan semasa

 

Dalam membina impian besar perkara keperluan semasa mesti juga diambil kira.Saranan ini amat bertepatan kepada anak-anak  muda yang keliru memilih kerjaya untuk diceburi.Keperluan semasa perlu dilihat dalam jangka masa 5 tahun akan datang.Contonhya dalam bidang teknikal dan perkhidmatan.Ia berkembang pesat dari dulu sehingga sekarang.Tentu elok kalian yang baru menceburi bidang pekerjaan ini  memasang impian untuk menjadi pengurus atau jurutera atau tauke sendiri suatu hati nanti.

 

 

Kesimpulan dari penulis:

 

Cukup tak 3 tip ini sebagai panduan kalian memasang impian besar.

 

 

Tak cukuplah bro.

 

Kalau macam tu saya sarankan kalian bongkar Rahsia Membina Minda Genius dan Berkapasiti Tinggi.

 

minda genius

Kredit kepada sumber gambar

 

 

Sebabnya hanya minda yang genius mampu  membina impian besar dan menjadi sumber kekuatan pula untuk mencapainya.Kejayaan juga banyak dipengaruhi oleh minda hasil cara pemikiran,ilmu,budaya dan persekitaran.

 

 

Saya berdoa kepada kalian yang membaca entri ini agar berjaya mencapai impian yang dibina dan yakinlah bahawa kalian boleh mendapatkannya.

 

 

Amin.Ya Rabbil Alamin.

 

 

Salam motivasi dan jumpa lagi!

20 ulasan

Bagus ada impian ni. Ia membuatkan kehidupan kita di dunia ini lebih menarik.

Setiapkali membaca buku motivasi atau mengikuti motivasi.. memang ini lah yg ditegaskan.. :-d

Setiap impian pasti ada jalan biar sebesar mana pun impian itu. Cuma adakalanya jalan itu agar berliku sikit dan perlu ketabahan dan pemikiran yang positif. Akhir sekali bertawakal dan teru berusaha.

Ramai orang yang tak berjaya sebab gagal mengenalpasti kecenderungan diri kan?

hehe...impian bakal menjadi kenyataan.. |o|

ya..begitulah kalau kita ada impian..

sebab impian adalah intipati untuk berjaya

kalau ada impian...mesti ada jalan untuk mencapainya!

memang itu yang banyak berlaku kepada ramai dikalangan kita

insya Allah kalau ada usaha dan doa..impian bakal menjadi kenyataan..

Terbaik perkongsian ini. Saya pernah menghadiri seminar Dr Azizan yang juga turut menekankan aspek impian ini. Kerana ia mampu untuk menjadi panduan dan hala tuju untuk mencapai target kita.

terima kasih tuan..memang impian amat penting dalam hidup!

IMPIAN adalah salah satu cara penetapan matlamat. Bila kita ada impian, jadi hidup kita akan mula ada navigasi. Saya suka dengan satu motivasi tips daripada kenalan saya, "Jika IMPIAN kita boleh buat kita tidur lena, maknanya impian itu tidak cukup besar untuk keluarkan diri kita daripada zon selesa"

Semoga Impian menjadi kenyataan

In shaa Allah... t kasih atas perkongsian motivasi & semangat bro Hanafi.. :)

impian besar maka cabaran juga besar..

ya..begitulah hendaknya!..terima kasih bro

sama-sama tuan..semoga ia memberi manfaat kepada kita semua!

Dengan ada impian akan datang perjuangan, dengan perjuangan akan ada kehidupan...!

impin oooh impian...apa impian ku ya?huhu


EmoticonEmoticon