mudahnya bisnes dengan blogshop

Mudahnya bisnes dengan blogshop.Baca tajuk entri ini  macam best saja!Sudah tentu kerana ia berkaitan dengan sebuah buku yang cukup hebat.Penulisnya yang cukup popular di Malaysia iaitu Zamri Mohamad.Pernah menerbitkan 10 buah buku sebelum ini.

 

blogshop

 

Zamri Mohamad nerupakan seorang penulis buku dan usahawan tulen yang bermula dari perniagaan tradisional.Kini menjadi salah seorang usahawan internet yang tersohor.

 

Portal kursusperniagaan.com adalah milik bersama beliau.Aktiviti portal ini untuk mewar-warkan bengkel hujung minggu khusus untuk usahawan kecil di seluruh negara.

 

Buku ini seronok dibaca terutama kepada para usahawan internet.Wajib dimiliki dan tersangat rugi jika tak membelinya dari sekarang.

 

Antara kandungan penting dalam buku menceritakan perihal blogshop.Mungkin ada yang masih belum jelas apa benda itu blogshop.

 

Blog shop ialah satu blog yang menjual produk atau perkhidmatan menggunakan medium blog.Saya ada memiliki blogshop untuk menjual ebook.Kalian boleh layari link ini.Saya faham ada blog shop yang lebih baik daripada itu.Anggap sahaja ianya contoh terdekat yang boleh saya berikan dalam masa yang terdekat ini.

 

Dalam buku tersebut saya ada mempelajari sesuatu dengan lebih lanjut iaitu feedburner.Sebelum ini tak tau sangat.Inpati yang jelas dari penulis buku ialah mulakan bisnes dengan apa yang ad dalam tangan.

 

Harap kalian faham tentang perkara blogshop.Pendek kata blogshop ialah blog yang menjalan perniagaan.

 

Berbalik kita kepada buku yang saya sebut tadi,kalian akan dihidangkan ilmu,teknik dan strategi untuk berjaya dalam blogshop.Tentunya saya tak cerita selengkap yang mungkin.Nak tahu lebih maka boleh beli sendiri dari toko-toko buku yang berdekatan.

 

Harga senaskah untuk semenanjung Malaysia ialah RM22.00 manakala harga untuk Sabah dan Sarawak ialah RM25.00

 

Dengan ketebalan 229 mukasurat dan gaya bahasa sempoi saya yakin kalian akan berpuas hati dan cukup berterima kasih kepada penulisnya, saudara Zambri Mohamad.Perkongsian yang ikhlas dan benar-benar membantu golongan usahawan yang ingin kejayaan di dunia maya.

 

Kalau berani dapat senashkah hari ini!Kalian tak akan rasa rugi dan pastinya bertuah pula kerana memilikinya nanti.

 

Sekian.Salam motivasi penuh ceria dari :

 

handsome-guy-2_thumb2_thumb1_thumb1

  Hero Borneo


EmoticonEmoticon