doa adalah kata-kata motivasi

Doa adalah kata-kata motivasi  untuk kalian yang inginkan perubahan hidup.Saya yakin dan percaya kalian sama seperti saya.Ya, sama-sama memburu kejayaan,kebahagiaan dan kekayaan.Kalau bukan jangan baca pulak entri ini.Maaf gurau sahaja.

 

Doa dalam ajaran Islam adalah ibadah.Doa sebagai senjata orang mukmin.Sebab itu doa adalah kata-kata motivasi yang mempunyai jalinan secara langsung kepada Allah SWT.

 

kata-kata motivasi

 

Siapa yang berdoa untuk keburukan bukan tergolong dalam manusia hebat.Mereka ada penyakit jiwa yang mesti diatasi segera.Caranya baca blog Hero Borneo.Insya Allah baca input yang baik maka output juga baik.Sebab itu saya sedaya upaya meminimumkan bahasa negatif dalam setiap entri.

 

Saya kembangkan skop berdoa dalam kehidupan kita.Berdoa bukan hanya selepas solat.Berdoa bukan hanya ketika di padang Arafah atau ketika hari Jumaat.Saya bukan menidakkan waktu mustajab berdoa.

 

Saya nak bawa kalian berdoa dalam elemen motivasi.Menyebut kata-kata positif atau saranan positif kepada diri sendiri dan orang lain merupakan konsep doa.Maka tak hairan ada bijak pandai yang sendiri kata bahawa kata-kata adalah doa.Tak kira kata negatif maupun positif.Ia tetap terakam dalam minda dan akan mempengaruhi pola berfikir seseorang.

 

Mari kita telusuri perkaitan doa dengan motivasi diri.Doa seorang peniaga berbeza dengan seorang pekerja.

 

Orang berniaga akan berdoa untuk mendapat keuntungan yang lumayan.Doanya pada waktu pagi akan mempengaruhi cara mereka berniaga.Lebih mesra pelanggan dan memberi perkhidmatan yang terbaik.Sebab dalam hati dan fikirannya hanya memikirkan elemen positif atau untung berniaga.

 

Orang yang bekerja makan gaji macam saya lain pula caranya.Namun objektif dan matlamat sama.Saya berdoa semoga dipermudahkan segala urusan kerja.Masa bekerja fikir tentang kerja.Sudah pasti  berkata dalam hati bahawa sabar dalam 8 jam dan teruskan kesabaran supaya hati ‘dipaksa’ bergembira mencari rezeki.Alahai..dugaan dunia.Insya Allah kalian pasti berjaya juga melalui tempoh 8 jam dalam hari tersebut.

 

Ternyata doa dan kata-kata motivasi perlu dilakukan setiap hari.Jangan berhenti walaupun ada ketikanya kalian gembira,riang gembira dan rasa bahagia.Rasionalnya supaya kalian benar-benar menjadikan kata-kata motivasi dan doa adalah tabiat orang berjaya.

 

Jika nak berjaya dalam kehidupan ini maka jangan lupa untuk Ketahui Amalan Orang Murah Rezeki! Klik Sini!

 

Semoga jumpa lagi dan salam motivasi dari :

 

Hero Borneo

   Hero Borneo

2 ulasan

Sama2lah kita mendoakan kebaikan utk keberkatan bersama. T kasih atas perkongsian bro Hanafi.. :)

Berdoa dan mengingati Allah sepanjang masa tak kira dalam apa jua keadaan, susah mahupun senang. Berkomunikasi dengan Allah dalam segala hal, jiwa pasti tenang. :)


EmoticonEmoticon