Cara Kembalikan rezeki yang hilang

 

Cara Kembalikan rezeki yang hilang.Saya pasti ramai yang ingin tahu.Sebab rezeki adalah isu universal.Semua perlu makan dan minum.Ia termasuk makhluk yang melata di muka bumi ini.

 

Dari sebesar-besarnya ikan paus hinggalah kepada sekecil-kecil virus.Mereka perlukan rezeki untuk hidup.Maha Suci Allah segala keperluan mereka sebenarnya cukup dan amat adil sekali.

 

Pernah saya bertanya kepada seorang sahabat yang baik pengetahuan agamanya.Saya tanya kalau rezeki semua makhluk cukup mengapa ada golongan yang ada mati kebuluran.

 

Bagi menjawab soalan yang tak sepatutnya ini sahabat saya berkata bahawa soal kebuluran berlaku kerana kezaliman dan kerakusan golongan tertentu yang mengambil hak orang lain.Mereka merosakkan rantaian hidup manusia itu sendiri.Tangan mereka yang berbuat kerosakan.

 

cari rezeki

 

Baru-baru ini saya sempat menghabiskan bacaan sebuah buku yang hebat.Ia hasil tulisan Ustaz Johari Yaman yang diterbitkan sekitar tahun 2011.

 

Sebuah buku terjemahan Arab ke bahasa Melayu.Dengan ketebalan 243 mukasurat memang lama juga saya nak khatam.Lagipun saya lebih fokuskan masa untuk online.

 

Dalam buku tersebut diceritakan  mengapa rezeki kita terlalu susah untuk datang.Penulis berpendapat ia adalah berpunca dari diri sendiri.Pertamanya solat yang tak jaga.Dosa lama tak lupus.Datang pula dosa yang baru.

 

Jika senario begini berterusan maka kehidupan dan rezeki kita akan sempit dan terus sempit.Penyelesaian ada banyak.Ada yang mudah dan ada yang susah.Namun saya percaya kalau betul betul serius memang boleh punya.

 

cari rezeki

 

Nak dapatkan buku tersebut cari dipasaran.

 

JIka nak cara online tetapi e-buku boleh rujuk  Ketahui Amalan Orang Murah Rezeki! Klik Sini!


EmoticonEmoticon