Cabaran hebat kerjaya seorang penyelia

Cabaran hebat kerjaya seorang penyelia.Mungkin ada dikalangan kalian sudah biasa dengan jawatan sebagai penyelia.Paling tidak pun mungkin kalian salah seorang penyelia yang memang memegang jawatan yang hebat dan menarik ini.

Cabaran hebat menjadi seorang penyelia boleh datang dari staff bawahannya,pihak syarikat dan diri sendiri.


penyelia


Ada staff yang tidak menghormati ketuanya.Mereka sudah menganggap ketua sama seperti rakan karib.Jika situasi ini berlaku maka seorang penyelia akan berkurangan kuasanya pada pandangan kakitangan bawahan.Siapa yang susah kalau bukan pasukan itu sendiri,Arahan yang diberi tidak diambil berat.

Cabaran juga pasti datang dari pihak pengurusan.Mereka mahukan satu pasukan yang boleh memberi keuntungan kepada syarikat.Satu pasukan yang tidak membawa banyak karenah kepada mereka.Siapa yang memikul tanggungjawab ini kalau bukan seorang penyelia.

Walau apapun cabaran yang saya nyatakan di atas belum sehebat cabaran yang terakhir ini iaitu diri sendiri.Mengatasi diri sendiri merupakan satu tuntutan untuk berjaya.Saya akui ada dikalangan kita kurang yakin kemampuan diri sendiri.Tidak berani bercakap dikhalayak ramai semasa mesyuarat.Ada juga yang tidak boleh berfikir seperti seorang pemimpin.

Sebab itu hanya yang layak sahaja boleh memikul jawatan sebagai penyelia.Tiada kelayakan khusus untuk menjadi penyelia.Syarat utama  mesti dapat menguasai banyak kemahiran ditempat kerja.Pendek kata dia mesti seorang yang multi skill.Boleh diharap dan ada ciri-ciri pemimpin.

Saya  tidak bermaksud menakutkan kalian untuk menjadi penyelia.Saya mengajak kalian untuk menjadi penyelia jika dengan cara ini segala potensi  diri dapat dicungkil sebaik mungkin.Manalah tahu dengan penonjolan diri yang terbaik maka kalian akan bergerak lebih jauh.Bukan setakat penyelia seumur-umur sebaliknya menjadi pengurus atau pengarah ataupun pemilik kepada syarikat sendiri.

Pesanan untuk diri saya dan juga kalian pembaca, mari kita gunakan setiap peluang yang terhidang sebagai medium pembelajaran.Belajar untuk berjaya.Belajar untuk berimpian  besar dan akhirnya mensyukuri nikmat kejayaan.Sebab kemuncak kejayaan bukan di dunia tetapi diakhirat nanti.Maafkan jika ada yang terasa dan saya akui  memang ini cara saya berfikir tentang kejayaan.

Ada yang mungkin perasan tak?

Topik tentang penyelia tetapi dok sibuk-sibuk cerita kejayaan hang apa cerita?

Ya.Seorang penyelia dan motivasi kejayaan adalah selari.Kalau mereka yang cintakan kejayaan maka jawatan penyelia adalah platform berkesan untuk memacu kejayaan orang lain juga.Kejayaan tidak mungkin dicapai seorang diri.Hidup realiti bukan seperti adiwira yang tak cerdik tu.Dia pakai seluar kecik tapi letak kat luar.Kehidupan nyata perlu kerjasama dan kejayaan adalah milik bersama.

Jika rasa masih nak tahu lebih lanjut tentang cara nak berjaya,saya amat saran untukpergi ke kedai e-buku  

Salam motivasi penuh ceria dari:

handsome-guy-2_thumb2_thumb1_thumb1_[2]
   Hero Borneo

2 ulasan

Tanggungjawab penyelia mmg besar.. apa2 akan dipertanggungjawabkan sbb dia penyelia... pengurus pun akan selalu cari penyelia...

memang betul tuan..dah tugas terpaksa lah buat juga!


EmoticonEmoticon