Berusaha Mencari Yang Terbaik 2014

Berusaha mencari yang terbaik 2014.Itulah perkara yang saya lakukan kebelakangan ini.Saya memang sibuk dengan kerja.Dalam kesibukan itu juga saya ambik sedikit waktu yang ada untuk membina blog hero borneo supaya lebih awesome.

 

mencari yang terbaik

 

Domain yang mulanya ada blogspot saya telah tukar menjadi custom domain.Saya laburkan duit untuk hobi dan untuk kerjaya.Kini saya dah guna www.heroborneo.com

 

Ya, sebagai blogger saya anggap hobi dan kerjaya dalam masa yang sama.Kalau tak macam tu.Mana tahan.Boleh bosan juga dibuatnya.

 

Hari hari dok mengadap komputer.Kat tempat kerja tengok komputer.Kat rumah pun tengok komputer.Nasib baik tidur tak peluk komputer.

 

Ada satu perkara terpenting yang telah saya lakukan sendiri.Ia melibatkan proses penukaran subdomain blogspot ke custom domain.Jika tak nak susah boleh upah orang yang pakar.Cuma kepuasan belajar tak dapatlah den nak tolong.

 

Selain bertukar domain, saya juga beriya-iya menukar template Redpite ke template New Themes.Adalah rupa-rupa macam blog yang guna Worpress.Terubat juga rindu saya nak guna blog Wordpress.

 

Blog yang guna template New Themes memang berorientasikan SEO dan fast loading.Kelemahan cuma tak begitu responsive.Buat masa ini saya redah sahaja dulu.

 

Saya telah memperuntukkan masa sehingga 2 hari mencari template yang terbaik.Dah naik pening kepala pun ada.Sebab pilihan terlalu banyak.Sehingga satu peringkat saya dah tak tahu yang pilih yang mana satu.Semuanya hampir sama.Ada sedikit sahaja perbezaan antara satu sama lain.Pilih itu tak puas.Pilih yang ini pun tak puas.

 

Apabila template blog dah berubah saya pun mengubah tajuk blog.Dulu guna Catatan Dari Borneo.Sekarang saya nak guna keywords blog ini iaitu Hero Borneo.Rasionalnya supaya keyword ini ada jenama dan menjadi viral dalam komuniti maya sosial.

 

Manalah tahu ada pihak  nak beli domain ini dengan harga yang lumayan.Jika ada mungkin mau dijual.Mungkin juga tidak dijual.Terpulanglah situasi semasa.

 

Jika dah jadi Mesin Jualan Internet mungkin tak dapat dijual.Sebab harganya dah terlalu tinggi untuk dijual beli.

 

Berdasarkan 3 pengubahsuaian tersebut saya bertambah yakin bahawa perjalanan untuk menjadi Problogger semakin hampir.Yang pasti  cabaran yang lebih gentir sudah menunggu.

 

Harapan saya supaya terus menemukan perkara terbaik dalam dunia maya dan dunia nyata pada tahun 2014


EmoticonEmoticon