Whaft Speedboat Sibu

Whaft Speedboat Sibu

 

Beginilah suasana Whaft speedboat Sibu yang saya ambil pada tahun 2009.

 

Di tempat ini bot-bot laju ditambatkan.Ia adalah terminal untuk pergi Dalat dari Sibu atau dari Sibu ke Dalat.

 

Banyak kenangan saya terpahat dekat whaft ini iaitu sekitar tahun 1994 hingga 1995.Pada ketika itu saya masih bersekolah di tingkatan enam SMK Rosly Dhoby.Dalam tempoh sebulan saya akan balik kampung di Dalat terutama cuti sekolah atau  hujung minggu.

 

Kenangan menunggu dan perasaan teruja untuk balik dan kembali ke sekolah masih terasa ke hari ini.

 

Gambar anak kecil itu merupakan anak perempuan saya.Pada waktu itu kami balik ke kampung halaman saya.Seingat saya tambang untuk menggunakan perkhidmatan bot laju adalah RM18 untuk sehala.Jika sekarang sudah naik.Itupun dalam 5 tahun dahulu.

 

Jika ada kesempatan saya  nak guna lagi perkhidmatan sebegini untuk balik ke kampung.Buat makluman semua ada tiga cara untuk sampai ke kampung halaman saya.

 

Pertama:

 

Guna kereta.Pandulah dari Kuching dan sampai terus dekat tangga rumah di kampung.Masa yang diambil lebih kurang 10 jam.Jika bawa laju lagi pendek masa.Sekiranya terlalu laju maka bukan setakat masa semakin pendek,nyawapun pendek sama.

 

Kedua:

 

Naik kapal terbang jenis Otter.Kapal terbang ini akan mendarat di lapangan terbang Mukah dari Kuching.Perjalanan memang singkat.Kelemahannya saya perlukan perjalanan darat dari Mukah untuk ke Dalat.Masa lebih kurang 30 minit.Itu pandu perlahan punya.

 

Ketiga:

 

Perkhidamatan bas langsung dari Kuching terus ke Dalat.Namun saya tidak pasti masih ada atau tidak cara ini.Jarang guna lainlah masa bujang sekitar tahun 1999 dahulu.Memang kaki travel punya.

 

Insya Allah jika saya ada kesempatan waktu saya akan kemaskini entri ini.

 

Pada minggu ini ada Sambutan Pesta Kaul di Mukah.Kalaulah saya ada bajet dan ruang waktu saya akan pergi untuk buat liputan tak rasmi.

 

Ok dan itu sahaja.

1 ulasan so far

best jugak balik Ye kampung naik boat.terimbau segala kenangan lamA..


EmoticonEmoticon