Topik Duit Pilihan Ramai

Ternyata topik duit pilihan ramai.Ia  mendapat tempat di hati para pembaca.Semua orang nak duit.Kalau boleh duit banyak sehingga segala keperluan tujuh keturunan keluarga dapat dipenuhi.

duit pilihan ramai

Blog yang menulis tentang duit juga mendapat kunjungan ramai.Sebab mereka nak solusi masalah duit.Yalah harga barang naik.Jarang ada yang turunkan harga.Kos hidup meningkat tetapi pendapatan pula lambat naik.Ada yang tak naik-naik.

Saya melihat isu duit adalah global.Semua orang nak akan duit.Pergi sahaja ke kutub,padang pasir,lautan dalam dan angkasa lepas semua pakai duit.Kalau ada orang kat sana pun mereka faham apa itu duit dan fungsinya dalam kehidupan mereka.

Jadi tak hairan sebut sahaja duit (atau apa sahaja yang sewaktu dengannya) boleh menarik perhatian ramai.

Media sosial hari ini dan sebelum ini juga promosi bisnes buat duit cukup gempak.Ramai yang terpesona.Ada yang terus percaya.Ada yang teragak-agak dan tak kurang juga masih sangsi.Paling sedihnya apabila ada yang terus fobia lantas tak nak buka Facebook atau Tweeter lagi.

Dalam pada itu juga ada syarikat yang berorientasikan money games,head hunter,binary dan skim tak kaya-kaya sangat cepat naik dan cepat pula lesap.Siapa yang menjadi mangsa kalau bukan kita yang tergula-gula dengan ayat power tentang duit.

Harapan saya dengan anda semua cuma satu sahaja.Fikirkan tentang cara dapat duit dengan kewarasan fikiran.Tiada jalan pintas .Usaha perlu gigih.Paling penting jangan percaya dapat duit dengan terlalu mudah atau terlalu cepat.Jika tak yakin cuba lihat dalam link Pendapatan Pasif

2 ulasan

Duit2 dimana kau duit.. teringat lagu mnasir dulu2.. :)

ya...lagu yang popular..duit oh duit...dimana engkau duit.


EmoticonEmoticon