Susahnya Mencari Rezeki

Tidak semua beruntung dapat hidup dengan senang.Makan dan minum terjaga.Apatah lagi menikmati kebahagiaan hidup ketika menjelang usia senja.

Ada satu kisah yang sangat menginsafi saya.


susah cari rezeki


Saya terbaca dalam laporan dalam Utusan Borneo tentang kisah seorang warga emas yang berumur 90 tahun.Dia terpaksa bertungkus lumus mengangkut besi buruk untuk dijual bagi mendapatkan sesuap nasi.

Kisah benar ini boleh anda dapatkan di ----------> sini.

Kita bagaimana pula?

Ada yang membazir nasi dan lauk pauk begitu sahaja.Makan pula dengan penuh rakus tanpa memikirkan insan lain yang masih kelaparan.

Kalau tak siang.Mereka kegelisahan kelaparan waktu malam.

Saya tak bermaksud untuk sama seperti mereka.Jika anda hidup senang sekarang maka wajib syukuri sepenuh hati.

Sekiranya ada yang susah maka pertingkatkan kesabaran itu.Saya faham bahawa sabar itu satu nikmat yang sukar untuk dirasai oleh orang yang hidup senang.

2 ulasan

Bersyukurlah dengan apa yang sudah dimiliki.. belum tentu orang lain kondisinya seberuntung kita..

itu memang saya setuju...


EmoticonEmoticon