Pusat Hidupan Liar Matang

Di Sarawak ada satu pusat hidupan liar Matang atau Matang Wildlife Centre.Tempat ini jauhnya 40km dari bandaraya Kuching.

 

Tiada pengangkutan bas awam ke pusat hidupan Liar Matang.Jadi  pelawat atau pelancong hendaklah menggunakan teksi,van atau kereta sewa.

 

Saya  pernah pergi beberapa kali.Memang jauh kerana struktur jalan yang tidak sebaik lebuhraya.Jika memandu pertama kali ke kawasan ini hendaklah berhati-hati kerana banyak selekoh maut tajam.Orang kata beringat sebelum kena dan biar lambat asalkan selamat.

 

matang wildlife centre

 

Kawasan pusat hidupan liar Matang berkeluasan 180 ha dan telah digazet sebagai kawasan perlindungan pada tahun 1997.Di sini ada orang utan,flora dan fauna yang cantik-cantik.Bagi pencinta alam tempat ini adalah syurga untuk mereka.

 

Kemudahan yang disediakan ada hostel,chalet dan tempat berkhemah.Kalau nak murah bawa khemah sendiri dan rasailah kehebatan alam yang mengkagumkan.

 

Bagi penduduk tempatan kawasan ini tempat berkelah dan mandi manda air sungai.Perg! Banyak syok woo.Saya sarankan kurang sesuai untuk mereka yang malu-malu.Yalah.Orang mandi kan terbuka aurat mereka.

 

Pilihan kepada mereka yang tak nak mandi boleh juga meninjau haiwan yang berkeliaran.Jangan risau kerana haiwan tersebut bukan spesis ganas  atau terlalu liar.

 

Baiklah itu sahaja catatan kali ini.Kalau nak lebih lanjut infonya boleh hubungi nombor 082-374869

7 ulasan

Sangat teringat untuk pergi ke sarawak.. tapi tak berkesempatan lagi. :D
Lagi-lagi kalau pergi ke pusat hidupan liar ni.. sangat berminat.

pergilah bro..dah sampai kuching inform sahaja mana tau ada masa nak jumpa!

Menarik... saya baru tahu ttg tmpt ni. T kasih atas perkongsian info Hanafi.. :)

paling unik orang utan tak terdapat di mana2 kecuali di pulau Borneo, pastinya suasanya nyaman di sini kerana dikelilingi hutan menghijau

ya..memang suasana nyaman kerana dikelilingi hutan..

Ada orang utan nama dia Aman..memang peramah haha..RM10/person jak masuk sini..


EmoticonEmoticon