Kisah Di Sebalik Sepasang Kasut

Hampir semua orang mampu memiliki kasut.Namun tidak semua boleh merasai nikmatnya.Ini kerana ada kisah di sebalik sepasang kasut yang wajar kita renung-renungkan.

 

Adalah lebih baik saya kiaskan kepada satu cerita.Insya Allah dalam perenggan  akhir saya simpul moral cerita tersebut.

 

Alkisahnya begini….

 

Ada tiga orang pemuda duduk di stesen bas.Masing-masing dalam lewat 20-an tahun.Kira masih muda.Bukan juga remaja.Destinasi mereka sama iaitu ke utara tanahair.

 

Pemuda A yang duduk hujung sekali memulakan bicara kepada pemuda B.Sebaliknya pemuda C hanya mendiamkan diri buat seketika.

 

Pemuda  A: Saya bosan dengan kehidupan ini.Semua barang mahal.Semua mau pakai duit.Tengok saya cuma mampu pakai kasut buruk ini saja.( sambil mengangkat kakinya ke atas)

 

Pemuda B: Sabarlah bro.Sepatutnya bro bersyukur kerana mampu pakai kasut walaupun buruk.Tengok kaki saya cuma guna selipar jepun je.Inipun selipar saya kutip kat tempat pembuangan sampah tempohari.

 

Pemuda C : (muka sedih tapi tenang).Astgafirullahallazim…kamu dua patut bersyukur kerana masih mengecapi nikmat pakai kasut dan selipar.Cuba tuan berdua tengok kat bawah.

 

Pemuda A dan Pemuda B terkedu kerana mendapati Pemuda C merupakan seorang yang kudung kakinya.Dia berjalan menggunakan lutut tanpa guna kasut atau selipar.

 

Apa yang ingin saya sampaikan melalui cerita ini mudah sahaja.Hidup kita wajib bersyukur.Tak kira nikmat sedikit atau banyak.

 

Ini kerana banyak lagi orang yang lebih susah daripada kita.Kesilapan kita cuma membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih baik kehidupannya.

 

Sekian untuk catatan motivasi kali ini.Ingat syukurilah nikmat dalam apa jua keadaan.

 

 

kasut baru

 

Baru beli..!

6 ulasan

Bagus entri ini. Hidup ini memang kita dianjurkan supaya bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan ke atas kita :)

Lihat apa yang kita ada, tentu kita akan hidup bersyukur. Cerita yang baik. Blog baru ke ni?...banyaknya blog?

apabila bersyukur nikmat akan bertambah!

terima kasih tuan..ya ini blog baru.saja je tuan nak eksperimental blog mana yang lebih baik!

Entri yang berjaya mengingatkan. Bila kita rasa susah dan tidak bermotivasi, sentiasa ingat ada orang yang berhadapan kesusahan yang lebih perit dari kita. :-bd

terima kasih bro...|o|


EmoticonEmoticon