Juruwang Kerja Mulia

Juruwang Kerja  Mulia.Begitulah mesej yang ingin saya sampaikan.

 

Mengapa pula menjadi kerja yang mulia?

 

Satu soalan yang mungkin bermain dalam kotak pemikiran anda sekarang.Ada yang sedia maklum dan ada juga yang masih tertanya-tanya perkara ini.

 

Baiklah.

 

Siapa yang pernah dan masih bekerja sebagai juruwang tahulah apa yang saya maksudkan.

 

 

juruwang kerja mulia

 

Frekuensi Kaya - Rahsia Menarik Kekayaan Menerusi Gelombang Minda

 

 

Juruwang atau popularnya cashier adalah kerja mulia.Mereka menjadi orang tengah yang ambik duit dari pelanggan untuk dimasukkan kedalam poket taukenya.Itupun jika  ada urusan jual beli.Duit yang bertukar tangan ini betul-betul uji kejujuran .

 

 

Orang kata juruwang mesti jujur tahap gaban.Tak kira pada diri sendiri,pelanggan maupun kepada tauke tempat dia bekerja.

 

Namun  ada tauke  yang tak percaya kejujuran seseorang juruwang.Sebab itu sanggup pasang CCTV kat kaunter duit.Lihat dan perhatikan kat mana-mana restoran,stesen minyak atau pasaraya mesti ada CCTV.

 

Dah ada CCTV mungkin kejujuran juruwang bertambah 100 peratus kecuali ada yang pintar pada tempat yang salah.Maksud saya ada yang berjaya songlap duit pelanggan maupun tauke senyap-senyap tanpa disedari baik manusia maupun kamera.

 

Kalau macam tu dah tercabut gelaran kerja  mulia seorang juruwang.Saya yakin ramai juruwang tak macam tu.Hanya sekerat dua yang buat.Itupun kes terpencil yang jarang-jarang ditemui.

 

Harapan saya kepada semua yang bekerja sebagai juruwang bergembiralah dengan kerja anda sekarang.Anda ada kerja yang mulia yang tak semua orang  mampu lakukan.

 

Percayalah.

3 ulasan

Kerja yg hari2 tengok duit.. klu tak tabah mmg boleh silap jalan. Nice sharing bro Hanafi.. :)

dugaan tengok duit memang tinggi...

banyak belog heee.. tak pernah jadi juruwang heeee kalau tukang jual baju saya pernah heee;)


EmoticonEmoticon