Ada Apa Dengan Gua Angin Di Bau?

Jangan tukar blog ini.Memang betul tajuk ada apa dengan gua Angin di Bau,Sarawak.Saya tak silap dan memang macam lawak sahaja tajuk pada kali ini.Ha..ha..

 

Bagi rakyat Sarawak daerah Bau memang dah popular.Dulu ada emas.Sekarang boleh dikatakan tiada dah.Kalau saya cakap ada nanti berduyun-duyun orang datang.Parah saya kerana dicap sebagai pembohong dari Borneo.

 

Apa yang menarik di daerah Bau ini ialah adanya Gua Angin.Satu gua yang memberi peluang kepada kita menyaksikan keajaiban alam.

 

 

gua angin

 

 

Ada stalaktik dan stalamit.Benda ini hasil kejadian alam berjuta-juta tahun dahulu.Nasihat saya guna lampu suluh dan bantuan pemandu pelancong yang berpengalaman.Kita tak nak kejadian yang tidak diingini.

 

Gua Angin berkeluasan 6.16 ha dan telah digazet sebagai kawasan pemuliharaan pada tahun 1999.

 

Jika ada sesiapa nak tahu lanjut tentang gua Angin sila hubungi nombor ini : 082-765 490

 

Setelah puas pergi ke Gua Angin jangan balik dulu.Jom jengah pasar Serikin yang terkenal dengan barangan buatan Indonesia.Pasar sempadan ini hanya dibuka hujung minggu sahaja.Hari biasa bisnes tak jalan.

 

Saya dah pergi beberapa kali.Harga tak juga murah namun berbaloi juga kerana hasil kraftangan mereka amat unik.Cuba cari kat tempat lain.Saya rasa susah juga nak jumpa.

 

Setakat itu dulu perkongsian kali ini.Rasanya kalau nak pergi melawat Sarawak buat pelan dengan terperinci.Jadi tidak ada masa terbuang begitu sahaja.

 

Sekiranya nak tahu lanjut tentang tempat menarik di Sarawak boleh emaikan kepada info@sarawakforestry.com

 

p/s : Artikel ini sumbangan percuma saya terhadap badan korporat tersebut dan bukannya mewakili mereka secara rasmi.Harap maklum.

2 ulasan

Gua Bau ? Baru kali ini tau ada tempat yang nama begitu di sana. Mana tau jika ada kesempatan masa dan poket di masa akan datang boleh juga kami berexplorasi di sana.

Gua Angin di Bau, Sarawak..tempat yang menarik tu!


EmoticonEmoticon