7 Alasan Tak Buat Blogwalking

Ada 7 alasan tak buat blogwalking .Ada yang boleh diterima dan ada juga tak susah sikit diterima.

 

Buat makluman mereka yang baru menjadi blogger  istilah blogwalking merujuk kepada aktiviti melawat blog ke satu blog yang lain

 

Ianya seakan sama seperti window shopping kerana perbuatan yang singgah dari kedai ke satu kedai yang lain tanpa membeli apa-apa barang.

 

Jom kita lihat apa alasan tidak buat blogwalking:

 

1.Masa terhad

 

Blogger tiada masa kerana sibuk menghasilkan duit dari blog.Jadi fokusnya lebih terarah untuk mengkaji pergerakan pelawat organik melalui kemahiran SEO.Buat blogwalking dah tak ada masa.

 

2.Mood ke laut

 

Dalam banyak perkara mood itu besar pengaruhnya kepada blogger.Mood seorang blogger akan meningkat naik apabila trafik mencanak.Income kencang dan banyak lagi.

 

3.Sindrom malas

 

Sindrom malas boleh menyerang sesiapa sahaja.Baik wanita maupun lelaki.Malas boleh diatasi jika diberi suntikan motivasi.Caranya bacalah blog ini selalu.Ada segmen motivasi.

 

4.Tiada topik menarik

 

Manusia ini pelik.Kalau ada perkara menarik otak akan segera menambah minat untuk mengetahui lebih lanjut.Kebelakangan ini ramai blogger asyik cerita yang sama sahaja setiap hari.

 

5.Blog yang tak kemaskini

 

Saya tak nafikan saya juga ada buat perkara ini.Blog saya ada yang terabai berbulan-bulan sepi tanpa berita.Alasan saya kerana memberi tumpuan kepada blog lain yang lebih berpotensi.

 

6.Blog yang tak mesra pembaca

 

Loading time sesuatu blog terlalu berat kerana gambar yang besar megapikselnya.Ditambah pula dengan tempelan iklan yang banyak sangat.Mereka wajar buat begitu.Yalah buat duit.Namun ada pembaca yang kurang selesa kerana blog yang berserabut.Lantas blog tak mesra pembaca lagi.

 

7.Tiada hubungan timbal balik

 

Ada admin blog yang tersangat sibuk macam saya atau buat-buat sibuk.Apabila ada pengunjung ke blog mereka maka lawatan setakat itu sahaja.Pihak admin tak sempat nak jengah balik.Jika 10 buah blog buat macam tu maka blogger tersebut terpaksa mencari 10 blog lagi sebagai pengganti.Lama –kelamaan hubungan sesama blogger semakin menjauh.

 

7 alasan tak buat blogwalking

 

 

Nampaknya saya dah tulis panjang juga.Rasanya cukup ini dahulu.Jumpa lagi.

11 ulasan

Kalau rajin jemputlah blogwalking ke blog saya nanti ya.

In shaa Allah, selagi diizinkan akan terus bw & berblogging.. :D

itu sudah semestinya..

semangat begitu memang saya suka!

Tak blog walking sebab mmg tak ada masa untuk aktiviti online
umur bukan muda lagi, ada banyak perkara wajib lain yg perlu diselesaikan.
tulis entri dan tinggal..dan ada sikit masa utk bersosial kat facebook sekejap....sehari lebih kurang 1-2 jam saja masa didepan komputer.

er..akak dah blogwalking,,,,,|o|

buatalah setakat yang mampu kak..:)

ya..terima kasih kerana sudi datang!:D

Assalammualaikum...

Bagus2 tips2 yang dikongsikan disini... boleh di elakkan. Insaallah sentiasa visit sini jika berkesempatan k...

mselim3

pls: blog nie pun terbaik..

saya mesti blogwalking lagi karena visitor sedikit dapat dari blogwalking saja

salam hd,
baru belajar bw...,.banyak nak kena belajar.....


EmoticonEmoticon