3 Cabaran Mencari Duit Online

Memang diakui mencari duit  online bukan perkara mudah.Namun ada yang telah berjaya sehingga meraih pendapatan ratusan ribu ringgit sebulan.Malah ada yang sudah mencapai taraf jutawan menerusi medium internet baik di media sosial ataupun blog.Rata-ratanya mat salleh la.

Dalam pada itu ramai yang tersungkur,tumpas dan akhirnya berputus asa mengejar cita-cita.Golongan ini berpendapat mencari duit melalui online terlalu mustahil,sukar dan membuang masa.Mereka telah mencuba sekerat jalan.Melabur sedikit duit dan masa.Akhirnya  apa yang diingini itu tidak menjadi maka mereka berhenti untuk terus mencuba.


duit online

Sudah pasti cabaran mencari kejayaan dalam bidang ini berhadapan dengan :

1.Tiada pengetahuan dan maklumat.

Usahawan atau sesiapa sahaja yang belum berjaya dalam bidang ini menghadapi cabaran tiada pengetahuan dan maklumat yang tepat dalam bidang ini.Mereka bergerak tanpa panduan yang betul.Sebab itu jangan lupa untuk belajar secara intensif.Maklumat lanjut sila layari denaihati.com

2.Tidak fokus dengan apa yang mereka lakukan.

Rata-rata orang yang berkecimpung dalam bidang internet tidak fokus.Sekejap buat benda lain.Lain masa buat kerja lain pula.Apa yang mendukacitakan mereka berhenti sekerat jalan.Memang diakui proses kejayaan mengambil masa.Ia berbeza antara satu sama lain kerana logiknya rezeki kita berbeza.

3.Terikut-ikut dengan kawan

Memang tidak dinafikan manusia adalah makhluk yang paling mudah terpengaruh.Apa yang orang lain buat akan diikuti tanpa memikirkan baik dan buruknya.Kadang-kadang perkara yang mereka lakukan tidak sesuai dengan jiwa dan kemampuan mereka.Lain orang lain cara.Rezeki lain lain.


Kesimpulan dari admin,

Setakat ini dulu perkongsian HB buat masa ini.Sudah pasti HB akan mengaitkan dengan beberapa rangkap pantun berkaitan duit.Sebelum tu boleh juga baca seketika info 


Ubat batuk rasanya pahit,
Ditelan bersama seketul halia,
Sana duit sini duit,
Kerana duit orang bahagia.

Anak muda jumpa matair,
Siap berhias pakai seluar;
Duit itu seperti air,
Sentiasa masuk dan keluar.

Batang Rejang airnya tenang,
Airnya mengalir ke hulu Kapit;
Ada duit menjadi senang,
Tiada duit menjadi sempit.
Sekian.Semoga entri lama yang dikemaskini ini memberi manfaat untuk kalian.Ada macam blog cikgu pantun kita ke…tehramuan.com yang HB kenal sejak 3 tahun dulu

.

This Is The Oldest Page


EmoticonEmoticon